Monday, 30 October 2017

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-39

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-39

Hari      : Isnin
Tarikh   : 30 Oktober 2014
Masa    : 7.40-8.10 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan SK Desa Pinggiran Putra

Kehadiran Guru : 29/30
Guru Bertugas : 1.  Cik Salwa binti Mohd Hadi
                         2.  Pn. Noor Herdairdawaty binti Basiran
                         3.  Pn.  Suraya binti Md.Saad
                         4.  Pn. Syajarauddur binti Mahamaod
                         5.  Pn. Nurul Ruhamaak binti B Rahman
                         6.  Pn. Norlizawati binti Mohd Razali

Guru Tidak Hadir : 1. En. Hj Zulhilmi bin Nawawi ( e-pelaporan)
                            2. Cik Nanthini a/p Mahaendran (Program pemantapan pdpc)
                            3. Pn. Nor Herdairdawaty binti Basiran (Program pemantapan pdpc)
                            4. Pn. Noor Asiah binti Mohd Yusof (Fasilitator program pemantapan pdpc)

Laporan Perhimpunan:

1
Nyanyian 3 buah lagu - Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah di bawah pimpinan Pn.  Norwati binti Mohammad Supian.
2Bacaan Doa oleh pengawas bertugas, Adik Afif Firhan bin Suhaimi (6 Alza)
3Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Penggunaan Jalan Raya yang dipimpin oleh Cik Salwa binti Mohd Hadi.
4Bacaan Ikrar Murid oleh pengawas bertugas, Adik Muhammad Amirul Hakim bin Zamri (6 Alza)
5 Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Pn.Siti  Norhazwani  binti Zainol adalah seperti yang berikut:-
5.1  Masih ramai murid terutamanya murid tahap 2 membuang plastik-plastik bungkusan ayam di merata-rata tempat walaupun sebelum ini telah banyak kali ditegur oleh guru-guru yang bertugas. Beliau berharap sikap seperti ini perlu dihentikan dan murid-murid perlu menjaga kebersihan walau dimana pun mereka berada


 5.2 Murid-murid dinasihatkan agar tidak membuat bising terutamanya pada waktu rehat di dewan terbuka`.
6

Ucapan Guru Penolong Kanan HEM
6.1 Cik Salwa  mengumumkan nama-nama guru yang bertugas sepanjang minggu ini.
6.2 Minggu ini ialah minggu peperiksaan 
     6.2.1 Murid-murid dingatkan supaya buat yang terbaik kerana ini adalah peperiksaan yang terakhir untuk tahun ini
     6.2.2 Beliau berharap dan berdoa agar murid-murid akan mendapat keputusan yang terbaik nanti
     6.2.3 Encik Rosdin juga berharap agar murid-murid dapat hadir ke sekolah seperti biasa selepas peperiksaan kerana masih ada banyak program lagi yang akan dijalankan

7. Penyampaian hadiah kecerian dan kebersihan kelas
   7.1 Tahap 1:
      7.1.1 Kedudukan pertama tahun 3 Cheetah
      7.1.2 Kedudukan kedua tahun 3 Puma
      7.1.3 Kedudukan ketiga tahun 1 Rajawali
   7.2 Tahap 2:

     7.2.1 Kedudukan pertama tahun 6 Ezora
     7.2.2 Kedudukan kedua tahun 5 Amanah
     7.2.3 Kedudukan ketiga tahun 4 Anggerik

   
  8. Ucapan baharu
 
  8.1 Ucapan Pn. Nurul Huda (guru ppki)
  8.2 Ucapan En. Sashi Kumar a/l Varatharajoo (guru matematik)

Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah











                                  Bacaan Doa oleh pengawas bertugas, Adik Afif Firhan bin Suhaimi








Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Pengguna Jalan Raya oleh Cik Salwa binti Mohd Hadi








              Ucapan Guru Bertugas pada Minggu lepas  Pn.Siti  Norhazwani  binti Zainol 










Ucapan En. Shasi Kumar




Ucapan Pn. Nurul Huda






                                                             







                     Pemenang - pemenang untuk kelas keceriaan dan kebersihan




.



Monday, 23 October 2017

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN

Tarikh : 23 Oktober 2017
Hari : Isnin
Masa : 7.30 pagi - 8.10 pagi

Guru Bertugas:
1) Ustaz Azizun Sauri bin Aziz
2) Pn. Siti NorHazwani binti Zainol
3) Pn. Nursuhaila binti Mohd Zaini
4) Pn. Sha’azrina binti Mohd Imran
5) Pn. Noor Hayati binti Miswan
6) Pn. Wan Salawati binti W. Md. Nor

Pengacara Majlis : Ustaz Azizun Sauri bin Aziz
Pembaca Doa : Adik Zharif Hashimi
Pembaca Ikrar : Adik Amirul Hakim bin Zamri

Ucapan Guru Bertugas Minggu Ini

(Ustaz Azizun Sauri bin Aziz)

- Guru bertugas memperkenalkan barisan guru bertugas minggu ini iaitu Cikgu Wan Salawati, Cikgu Siti NorHazwani, Cikgu Sha’azrina, Cikgu Che Siti Haryani dan Ustazah Noor Hayati.

-Guru bertugas memperkenalkan guru baru iaitu Cikgu Nursuhaila yang akan menggantikan cikgu Che Siti Haryani.

Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas
(Pn. Suhaizan binti Che Osman)

-Pembelian air semasa waktu rehat di vending machine. Masih ada murid-murid yang membeli air di vending machine dan tidak berkumpul di dewan terbuka walaupun waktu rehat sudah habis.

-Murid-murid tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman ke dewan terbuka selepas waktu rehat. Murid-murid perlu menghabiskan makanan semasa rehat di kantin. Mereka tidak habis makan kerana asyik bersembang dengan kawan-kawan sewaktu makan.


Pertandingan Keceriaan Kelas

Tahap 1

1. 3 Cheetah (91%)

2. 3 Jaguar (88%)
3. 3 Puma (85%)

Tahap 2

1. 6 Exora (95%)

2. 5 Amanah (92%)
3. 4 Bakawali (82%)


Ucapan Pentadbir
(Pn. Maznah binti Mohd Noor)

-  Minggu ini merupakan minggu ulangkaji sebelum murid-murid menghadapi Peperiksaan Akhir Tahun pada minggu hadapan. Jadual peperiksaan telah diedarkan kepada murid-murid. Murid-murid boleh mendapatkan jadual peperiksaan daripada guru kelas masing-masing sekiranya belum dapat.
- Ibu bapa boleh merujuk di blog sekolah/fb sekolah untuk melihat jadual peperiksaan anak-anak masing-masing.
-  Murid-murid perlu bersedia untuk menghadapi Peperiksaan Akhir tahun pada minggu hadapan. Murid-murid perlu menyediakan alat tulis yang mencukupi sebelum menghadapi peperiksaan.
- Murid-murid perlu hadir setiap hari pada minggu peperiksaan berlangsung kecuali sakit atau tidak sihat dengan disertakan surat daripada doktor.
-  Murid-murid tidak dibenarkan makan di dewan terbuka. Sebaliknya mereka perlu makan di kantin. Selesai makan, murid-murid perlu berkumpul di dewan terbuka.
-  Murid-murid dinasihatkan agar tidak membuat perkara yang sia-sia.
-  Murid-murid hendaklah membuang sampah makanan dan minuman di dalam tong sampah yang telah disediakan.
-Murid-murid tidak dibenarkan membuang sampah di atas tong sampah.

Bacaan doa oleh Adik Zharif Hashimi
Bacaan ikrar murid oleh Adik Amirul Hakim


Ucapan Guru Bertugas Mingguan oleh Ustaz Azizun
Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah di bawah pimpinan Pn. Norwati
Ucapan dari Guru Baru, Pn. Nursuhaila 
Ucapan perpisahan dari Pn. Che Siti Haryani yang akan berpindah 
Ucapan dari Pentadbir, Pn. Maznah binti Mohd Noor
Pemenang Pertandingan Keceriaan Kelas Tahap 1 (3 Cheetah)
Pemenang Pertandingan Keceriaan Kelas Tahap 2 (6 Exora)
Laporan Guru Bertugas minggu lepas oleh Pn. Suhaizan






Friday, 13 October 2017

RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT)

RMT telah dikelola, diselia dan dilaksanakan sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bermula tahun 1979. Rancangan Makanan Tambahan (RMT) adalah untuk memberi makanan tambahan kepada murid-murid sekolah rendah, terutamanya dari luar bandar dan golongan berpendapatan rendah, secara imbuhan untuk sementara waktu, bagi memperbaiki keadaan kesihatan, fizikal dan amalan pemakanan. Usaha ini juga adalah untuk membantu murid-murid meningkatkan prestasi kehadiran dan akademik mereka di sekolah selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).

Penerima bantuan RMT adalah murid-murid sekolah rendah warganegara Malaysia yang berikut:
  1. Pendapatan Ketua Isi Rumah (KIR) adalah di bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK) Nasional (kategori miskin tegar).
  2. Murid yang berada di Sekolah Orang Asli/Penan (kecuali murid yang tinggal di asrama) dan Murid Berkeperluan Khas (OKU); dan
  3. Murid yang tinggal di asrama TIDAK LAYAK menerima RMT.

Wilayah
Miskin
Miskin Tegar
Isi Rumah
(RM)
Perkapita
(RM)
Isi Rumah
(RM)
Isi Rumah
(RM)
Semenanjung Malaysia
930
230
580
140
Sabah & Labuan
1,170
250
710
150
Sarawak
990
240
660
160

Cuti Deepavali

Semua Ibu Bapa/Penjaga Murid  

Sekolah akan bercuti mengikut ketetapan seperti berikut:  

16 Oktober hingga 20 Oktober 2017 (Isnin hingga Jumaat).

Sekolah akan dibuka semula pada 23 Oktober 2017 (Isnin).

Thursday, 12 October 2017

Sambutan Hari Kanak-Kanak SEDERAP 2017

Pada 11 Oktober 2017, telah berlangsungnya Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia peringkat SEDERAP. Tema sambutan pada tahun ini adalah 'Fairy Tales'. Pada hari tersebut, SEDERAP telah bertukar menjadi Disneyland apabila princesses, princes, witches, Pinnochio, Puss in Boots, Robin Hood, Captain Hook dan macam-macam lagi berlegar-legar dalam kawasan sekolah.  Kehadiran Mr. Clown atau dikenali dengan Abang Kiwi juga telah berjaya mencuit hati para penonton dengan gaya dan lawaknya. Mr. Clown juga telah membuat beberapa pertunjukan silap mata sehingga semua penonton terpegun.

Beberapa aktiviti telah dijalankan sempena sambutan ini antaranya; ucapan wakil murid yang disampaikan oleh Ummu Aarifah binti Shaharom Shah dari kelas 4 Anggerik yang berpakaian ala The Hatter dalam cerita Alice in Wonderland, pertandingan pakaian beragam bertemakan Fairy Tales, persembahan-persembahan yang mengagumkan dan acara makan aiskrim untuk semua warga SEDERAP yang telah ditaja sepenuhnya oleh PIBG.

Kami warga SEDERAP mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Jawatankuasa Pelaksana, para ibu bapa yang sporting dan bersemangat untuk mempersiapkan anak-anak untuk menyertai pertandingan pakaian beragam, dan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang telah memberikan sumbangan yang besar untuk menjayakan sambutan ini. Semoga komitmen dan semangat seperti ini dapat direalisasikan lagi dalam sambutan seterusnya. Kita jumpa lagi tahun hadapan.