Thursday 5 October 2017

MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN SEDERAP 2017

Pada 29 September 2017 yang lalu, telah diadakan Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan peringkat Sekolah Kebangsaan Desa Pinggiran Putra. Seperti sedia maklum, sambutan Bulan Kemerdekaan telah berlangsung sepanjang bulan Ogos dan September lalu bermula daripada 21 Ogos 2017. Pelbagai aktiviti dan pertandingan yang telah dijalankan sepanjang Bulan Kemerdekaan yang telah dianjurkan oleh Panitia Sejarah dan Pusat Sumber Sekolah. Antaranya ialah, pertandingan mewarna, koir, membuat kolam, basikal berhias dan kuiz kemerdekaan.

Objektif utama diadakan sambutan Bulan Kemerdekaan ini selain daripada menyahut seruan Kementerian Pelajaran Malaysia, ia juga adalah bagi memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara. Perpaduan dan kerjasama serta sikap berdaya saing juga dapat dilihat melalui aktiviti dan pertandingan yang telah dilaksanakan.

Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan 2017 Sekolah Kebangsaan Desa Pinggiran Putra telah disambut meriah oleh seluruh warga sekolah dengan aturcara yang menarik serta penyampaian hadiah yang telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar, Encik Sukimin bin Juki. Semoga dengan penganjurannya kita dapat menghayati erti kemerdekaan dan perjuangan yang sebenar dalam konteks kehidupan. Sekian, MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!


Warna-warni sekitar sambutan Bulan Kemerdekaan dan Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan SEDERAP 2017  

⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩





Sekian, terima kasih :) :) :)

1 comment:

Blogger said...

Did you realize there is a 12 word sentence you can speak to your crush... that will trigger intense emotions of love and impulsive appeal to you buried inside his chest?

Because hidden in these 12 words is a "secret signal" that triggers a man's instinct to love, adore and look after you with all his heart...

12 Words Will Fuel A Man's Love Response

This instinct is so hardwired into a man's genetics that it will drive him to work better than ever before to love and admire you.

Matter-of-fact, triggering this mighty instinct is so important to getting the best possible relationship with your man that as soon as you send your man one of the "Secret Signals"...

...You will soon notice him open his mind and heart for you in a way he never experienced before and he will perceive you as the only woman in the galaxy who has ever truly attracted him.

Post a Comment