Monday 23 October 2017

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN

Tarikh : 23 Oktober 2017
Hari : Isnin
Masa : 7.30 pagi - 8.10 pagi

Guru Bertugas:
1) Ustaz Azizun Sauri bin Aziz
2) Pn. Siti NorHazwani binti Zainol
3) Pn. Nursuhaila binti Mohd Zaini
4) Pn. Sha’azrina binti Mohd Imran
5) Pn. Noor Hayati binti Miswan
6) Pn. Wan Salawati binti W. Md. Nor

Pengacara Majlis : Ustaz Azizun Sauri bin Aziz
Pembaca Doa : Adik Zharif Hashimi
Pembaca Ikrar : Adik Amirul Hakim bin Zamri

Ucapan Guru Bertugas Minggu Ini

(Ustaz Azizun Sauri bin Aziz)

- Guru bertugas memperkenalkan barisan guru bertugas minggu ini iaitu Cikgu Wan Salawati, Cikgu Siti NorHazwani, Cikgu Sha’azrina, Cikgu Che Siti Haryani dan Ustazah Noor Hayati.

-Guru bertugas memperkenalkan guru baru iaitu Cikgu Nursuhaila yang akan menggantikan cikgu Che Siti Haryani.

Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas
(Pn. Suhaizan binti Che Osman)

-Pembelian air semasa waktu rehat di vending machine. Masih ada murid-murid yang membeli air di vending machine dan tidak berkumpul di dewan terbuka walaupun waktu rehat sudah habis.

-Murid-murid tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman ke dewan terbuka selepas waktu rehat. Murid-murid perlu menghabiskan makanan semasa rehat di kantin. Mereka tidak habis makan kerana asyik bersembang dengan kawan-kawan sewaktu makan.


Pertandingan Keceriaan Kelas

Tahap 1

1. 3 Cheetah (91%)

2. 3 Jaguar (88%)
3. 3 Puma (85%)

Tahap 2

1. 6 Exora (95%)

2. 5 Amanah (92%)
3. 4 Bakawali (82%)


Ucapan Pentadbir
(Pn. Maznah binti Mohd Noor)

-  Minggu ini merupakan minggu ulangkaji sebelum murid-murid menghadapi Peperiksaan Akhir Tahun pada minggu hadapan. Jadual peperiksaan telah diedarkan kepada murid-murid. Murid-murid boleh mendapatkan jadual peperiksaan daripada guru kelas masing-masing sekiranya belum dapat.
- Ibu bapa boleh merujuk di blog sekolah/fb sekolah untuk melihat jadual peperiksaan anak-anak masing-masing.
-  Murid-murid perlu bersedia untuk menghadapi Peperiksaan Akhir tahun pada minggu hadapan. Murid-murid perlu menyediakan alat tulis yang mencukupi sebelum menghadapi peperiksaan.
- Murid-murid perlu hadir setiap hari pada minggu peperiksaan berlangsung kecuali sakit atau tidak sihat dengan disertakan surat daripada doktor.
-  Murid-murid tidak dibenarkan makan di dewan terbuka. Sebaliknya mereka perlu makan di kantin. Selesai makan, murid-murid perlu berkumpul di dewan terbuka.
-  Murid-murid dinasihatkan agar tidak membuat perkara yang sia-sia.
-  Murid-murid hendaklah membuang sampah makanan dan minuman di dalam tong sampah yang telah disediakan.
-Murid-murid tidak dibenarkan membuang sampah di atas tong sampah.

Bacaan doa oleh Adik Zharif Hashimi
Bacaan ikrar murid oleh Adik Amirul Hakim


Ucapan Guru Bertugas Mingguan oleh Ustaz Azizun
Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah di bawah pimpinan Pn. Norwati
Ucapan dari Guru Baru, Pn. Nursuhaila 
Ucapan perpisahan dari Pn. Che Siti Haryani yang akan berpindah 
Ucapan dari Pentadbir, Pn. Maznah binti Mohd Noor
Pemenang Pertandingan Keceriaan Kelas Tahap 1 (3 Cheetah)
Pemenang Pertandingan Keceriaan Kelas Tahap 2 (6 Exora)
Laporan Guru Bertugas minggu lepas oleh Pn. Suhaizan






1 comment:

Blogger said...

If you're trying to lose pounds then you have to get on this brand new tailor-made keto meal plan diet.

To design this keto diet, licenced nutritionists, personal trainers, and professional chefs joined together to develop keto meal plans that are productive, decent, price-efficient, and satisfying.

Since their first launch in early 2019, hundreds of individuals have already completely transformed their figure and health with the benefits a professional keto meal plan diet can offer.

Speaking of benefits; in this link, you'll discover eight scientifically-proven ones provided by the keto meal plan diet.

Post a Comment