Monday 20 November 2017

Hari Orientasi Tahun 1 2018

Assalamualaikum w.b.tt dab salam sejahtera buat semua warga SK Desa Pinggiran Putra.

Seperti sedia maklum, SK Desa Pinggiran Putra telah mengadakan Hari Orientasi Tahun 1 2018, butir program adalah seperti berikut:
              
                Tarikh: 18 November 2017
                Hari: Sabtu
                Masa: 7.30pagi-11.30 pagi
                Tempat: SK Desa Pinggiran Putra

Seawal pagi jam 7.30 pagi SKDPP telah dipenuhi dengan kehadiran ibu bapa dan murid malah seisi keluarga berbetulan Hari Orientasi ini diadakan pada hari Sabtu. Suasana meriah dengan keceriaan anak-anak dan ibu bapa sepanjang program berjalan.

Majlis telah dimulai dengan sesi pendaftaran, taklimat semakan fail murid, taklimat ibu bapa bersama barisan pentadbir, taklimat disiplin serta taklimat PTPTN. Manakala aktiviti untuk warga baru SKDPP iaitu anak-anak tahun 1 bermula dengan pengagihan kumpulan, taklimat ringkas, ujian diagnostik dan tempahan baju sukan.

En Sukimin bin Juki, Guru Besar SEDERAP telah memberikan taklimat tentang maklumat sekolah,memperkenalkan pentadbir sekolah serta memperkenalkan struktur organisasi sekolah. Seterusnya, Pn Maznah bt Mohd Noor,Penolong Kanan Pentadbiran telah kongsikan maklumat tentang Program Transisi Dan Amalan Guru Penyayang (PTGB), Program Linus dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Taklimat disiplin telah disampaikan oleh Ustazah Salwa, Guru Disiplin SEDERAP. Beliau telah memberikan maklumat tentang budaya disiplin SEDERAP, kedatangan murid serta kekemasan pelajar. Sesi taklimat diteruskan oleh En Mohd Shafiq bin Shabarudin,Pegawai PTPTN cawangan Selangor. Beliau menerangkan tentang pembukaan akaun SSPN-i. Diberikan juga taklimat tentang penyewaan loker,pembelian baju PJ dan peratusan kehadiran.

Majlis bersurai pada jam 11.30 pagi. Semoga program yang telah dijalankan sedikit sebanyak membantu dan memberi semangat berkobar-kobar anak-anak tahun 1 untuk hadir ke sekolah nanti.
Lihatlah corat-coret warna-warni dari bingkisan hari Orientasi tahun 1 2018.








Akhir kata,
 jutaan terima kasih buat semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Hari Orientasi Tahun 1 2018 terutamanya jawatankuasa program, Guru Besar, barisan pentadbir, guru-guru, staff, PIBG, ibu bapa dan murid-murid.

1 comment:

Blogger said...

In this fashion my pal Wesley Virgin's tale begins with this shocking and controversial VIDEO.

Wesley was in the army-and shortly after leaving-he found hidden, "self mind control" tactics that the government and others used to get whatever they want.

As it turns out, these are the same secrets many famous people (especially those who "became famous out of nothing") and top business people used to become rich and famous.

You've heard that you utilize only 10% of your brain.

Mostly, that's because most of your BRAINPOWER is UNTAPPED.

Perhaps this conversation has even occurred INSIDE your own head... as it did in my good friend Wesley Virgin's head seven years ago, while driving an unregistered, beat-up garbage bucket of a car without a license and in his bank account.

"I'm absolutely fed up with living check to check! When will I finally make it?"

You've been a part of those those types of thoughts, ain't it so?

Your very own success story is going to be written. You need to start believing in YOURSELF.

CLICK HERE To Find Out How To Become A MILLIONAIRE

Post a Comment