Wednesday 9 May 2018

PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH (MINGGU 16)




Tarikh             : 7 Mei 2018
Hari                : Isnin
Masa               : 7.40 – 8.40
Guru Bertugas: 1. Cik  Tengku Fairus Binti Raja Hassan
                            2. Pn. Siti Norhazwani  Binti Zainol
                            3. Pn. Sha’azrina Binti Mohd Imran
                            4. Pn. Nurul Huda Binti Wan Abdullah
                            5. En.  Mohd Faizul Bin Zakaria
                            6. Pn. Nurul Ruhamak Binti Ab Rahman

Laporan Perhimpunan:-
·                     Nyanyian 3 buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah pimpinan Pn. Norwati Bt. Supian
·                     Bacaan doa oleh adik Irsyaduddin
·                     Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya pimpinan Cik Tengku Fairus Bt Raja Hassan
·                     Bacaan Ikrar Murid oleh adik Muhd Imran.

Laporan Guru Bertugas oleh Pn Noor Asiah Binti  Mohd Yusof

·                     Murid makan di kantin melebihi waktu yang ditetapkan.
·                     Murid yang mendapat Rancangan Makanan Tambahan (RMT)  bagi tahun  1 dan 2 adalah seorang  sahaja. Oleh itu, murid-murid lain tidak dibenarkan mengambil RMT di kantin.
·                     Murid membuang sampah merata-rata selepas membeli air di mesin air.

 Laporan Pertandingan Keceriaan Kelas:-


Tahap 1
Tempat Pertama : 3 Adenina
Tempat Ke Dua : 2 Kenyalang
Tempat Ke Tiga : 3 Guanina
Tahap 2
Tempat Pertama : 6 Bestari
Tempat Ke Dua : 5 Anggerik
Tempat Ke Tiga : 6 Amanah





Penyampaian Hadiah dan Sijil
·                     Mendapat naib johan di Pertandingan  Ragbi bawah 12 tahun
·                     Mendapat tempat ketiga dalam Action Song, tempat keempat dalam acara Public Speaking dan saguhati dalam acara Scrabble dan Story Telling  sempena Karnival Bahasa Inggeris.
·                     Sempena Konvensyen Doktor Muda SEDERAP  telah menjadi Johan dalam Sekolah Cemerlang Doktor Muda, Johan dalam  Inovasi. Naib Johan dalam Projek  Intervensi dan tempat ketiga dalam Projek Doktor Muda Bersama Komuniti. Selain itu, Kelab Doktor Muda juga menghantar penyertaan dalam pertandingan Lompat Tali,  Senam Sihat dan Tokoh Doktor Muda.







Ucapan Pentadbir oleh Encik  Sukimin Bin Juki

·         Ucapan tahniah kepada guru-guru dan murid-murid  yang telah menyertai pelbagai pertandingan.
·         Murid-murid dimaklumkan bahawa Pilihanraya akan diadakan pada hari Rabu 9 Mei maka, pada hari tersebut telah diisytiharkan cuti. Selain itu, pada hari Selasa  8 Mei sekola akan mengambil cuti berganti bagi persediaan pilihanraya.
·         Murid-murid dikehendaki hadir semula ke sekolah pada hari Khamis sehingga Sabtu. Sabtu adalah sekolah ganti pada hari Selasa 8 Mei.




1 comment:

Blogger said...

If you're looking to lose weight then you absolutely need to try this totally brand new personalized keto meal plan diet.

To create this service, licenced nutritionists, personal trainers, and chefs have united to develop keto meal plans that are powerful, convenient, price-efficient, and enjoyable.

Since their launch in January 2019, 1000's of clients have already completely transformed their body and health with the benefits a professional keto meal plan diet can offer.

Speaking of benefits: clicking this link, you'll discover 8 scientifically-proven ones offered by the keto meal plan diet.

Post a Comment