Pada 16 Ogos 2018 SK Desa Pinggiran Putra (SEDERAP) telah membuat latihan
kebakaran dan simulasi mengosongkan warga sekolah dari bangunan. Latihan ini
perlu bagi mempersiapkan murid dan warga sekolah dengan pengetahuan dan
tindakan serta langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan
atau kebakaran. Sememangnya sesuatu bencana, kemalangan atau musibah boleh
berlaku bila-bila masa tanpa diduga. Justeru semua warga sekolah perlu memahami
dengan jelas mengenai langkah-langkah yang perlu di ambil sekiranya berlaku
kebakaran atau bencana alam serta dapat bertindak secara spontan.
Matlamat
Melatih murid-murid dan warga sekolah agar mengutamakan keselamatan dengan
mengambil tindakan yang betul serta tidak panik dan menggunakan arah laluan
kecemasan seperti yang telah dilatih sekiranya berlaku kebakaran.
Objektif
1. Memberi kesedaran kepada murid-murid
dan warga sekolah agar sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan kebakaran.
2. Melatih murid-murid dan warga sekolah
agar dapat mengambil tindakan yang betul sekiranya berlaku kebakaran.
3. Mendidik dan menyampaikan ilmu
pengetahuan kepada semua warga sekolah agar dapat mengambil langkah-langkah
awal bagi mencegah kebakaran daripada berlaku.
Tentatif Program
Tarikh : 16 Ogos 2018
Hari :
Khamis
Masa : 11.15 pagi hingga 12.15 pagi
Tempat Berkumpul :
Padang Bola SK Desa Pinggiran Putra
Aktiviti :
1.
11.15 Pagi : Loceng kecemasan dibunyikan.
:
Semua warga sekolah bergerak ke tempat berkumpul di padang bola sekolah melalui arah laluan
kecemasan yang telah ditetapkan.
2.
11.15 - 11.25 pagi : Guru kelas mengambil kedatangan murid.
3.
11.25 – 11.45 pagi
: Taklimat kebakaran oleh Tuan Haji Zulhilmi bin Haji Nawawi
4.
11.45 – 12.15 pagi
: Demonstrasi memadam kebakaran dari wakil wakil guru dan wakil murid
5.
12.15 Pagi
: Latihan Tamat dan sesi pembelajaran seperti hari biasa
Simulasi pengosongan bangunan dan taklimat latihan kebakara |
Murid berkumpul di tempat yang selamat |
Simulasi Pengosongan bangunan, Zara murid OKU |
1 comment:
If you're trying hard to lose kilograms then you have to try this totally brand new tailor-made keto diet.
To create this keto diet service, licenced nutritionists, fitness couches, and top chefs united to produce keto meal plans that are productive, painless, money-efficient, and satisfying.
From their first launch in January 2019, hundreds of people have already completely transformed their figure and health with the benefits a professional keto diet can offer.
Speaking of benefits; in this link, you'll discover 8 scientifically-proven ones provided by the keto diet.
Post a Comment