Tarikh : 22 Julai 2019
Hari : Isnin
Masa : 7.40-8.10 pagi
Tempat : Dewan Terbuka SEDERAP
Guru Bertugas :
1. Pn. Siti Norhidayah binti Azmee(Ketua Kumpulan)
2. Pn. Noor Asiah binti Mohd Yusof
3. Pn. Nor Sabariah binti Awang Ngah
4. Pn. Nik Suhaila binti Nik Ahmad
5. Pn. Syajaratuddur binti Mahamod
6. Pn. Anis Farhah binti Md Isa
7. Cik Nurul Huda Hanani binti Ab Ghani
Laporan Perhimpunan :
1. Nyanyian 3 buah lagu - Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah yang dipimpin oleh Adik Fakhira Najwa binti Rosli
2. Bacaan Doa yang dipimpin oleh Adik Muhammad Irsyaduddin Hafiy bin Yusni Amir
3. Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Pengguna Jalan Raya yang dipimpin oleh Pn. Siti Norhidayah binti Azmee
4. Bacaan Ikrar Murid yang dipimpin oleh Adik Muhammad Irsyaduddin Hafiy bin Yusni Amir
5. Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Pn. Poh Ee Chiun
5.1 Murid-murid diingatkan supaya tidak berjalan dan berlari semasa belajar di dalam kelas.
5.2 Murid-murid perlu bergerak dalam keadaan senyap dan tidak berbuat bising semasa bergerak keluar dari kelas untuk pergi ke tandas, makmal komputer, makmal sains, bilik seni dan sebagainya.
5.3 Sikap murid-murid yang agak nakal semasa belajar di dalam kelas boleh mengundang pelbagai masalah dan murid-murid sepatutnya berubah sikap demi kebaikan mereka.
.
6. Ucapan guru bertugas, Pn. Siti Norhidayah binti Azmee.
6.1 Guru bertugas memperkenalkan barisan guru yang bertugas pada minggu ini.
6.2 Penyampaian hadiah keceriaan kelas. Keputusannya adalah seperti berikut:
- Tahap 1
(1) Kelas 3 Cenderawasih
(2) Kelas 1 Platinum
(3) Kelas 1 Aurum
- Tahap 2
(1) Kelas 6 Cempaka
(2) Kelas 6 Bakawali
(3) Kelas 4 Sitosina
7. Ucapan pentadbir oleh Encik Sukimin bin Juki, Guru Besar SK Desa Pinggiran Putra
7.1 Encik Sukimin memberi penerangan tentang peribahasa, `Melentur buluh biarlah dari rebungnya'. Pendidikan bermula sejak kecil agar amalan baik dapat diamalkan terus-menerus dalam kehidupan kita. Setiap orang perlu memproses setiap perkara dengan berfikir terlebih dahulu.
7.2 Setiap orang mempunyai masa selama 24 jam. Walaupun masa bagi setiap orang adalah sama, tetapi kepandaian seseorang adalah berbeza.
7.3 Perkara yang dipelajari hendaklah terus diamalkan supaya ilmu yang dipelajari dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.
7.4 Sikap hormat-menghormati antara satu dengan yang lain adalah amat penting dalam kehidupan kita.
Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya |
Guru-guru bertugas pada minggu ini |
Ucapan Encik Sukimin bin Juki, Guru Besar SK Desa Pinggiran Putra |
Pertunjukan Taekwondo |
1 comment:
If you're trying to lose weight then you absolutely have to jump on this totally brand new tailor-made keto meal plan.
To design this keto diet service, certified nutritionists, fitness trainers, and professional cooks joined together to develop keto meal plans that are productive, painless, price-efficient, and satisfying.
From their first launch in early 2019, 1000's of individuals have already completely transformed their body and well-being with the benefits a certified keto meal plan can provide.
Speaking of benefits: clicking this link, you'll discover 8 scientifically-proven ones provided by the keto meal plan.
Post a Comment