Tuesday 30 July 2019

PERHIMPUNAN MINGGUAN RASMI MINGGU KE- 25


Tarikh   : 29 Julai 2019
Hari      : Isnin
Masa    : 7.40-8.10 pagi
Tempat : Dataran SEDERAP

Guru Bertugas :
1.  Pn.  Nik Asmah binti Ruman (Ketua Kumpulan)
2. Cik Nanthini A/P Mahaendran
3. Pn. Hafidah binti Abd.Hamid
4. En. Mohd. Azizun Sauri bin Aziz
5. Pn. Atirah binti Mustafa
6. Pn. Siti Masra binti Abdul Kadir
7. YM Tengku Fairus binti Raja Hassan

Laporan Perhimpunan :

1. Nyanyian 3 buah lagu - Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah yang dipimpin oleh Adik  Fakhira Najwa binti Rosli

2. Bacaan Doa yang dipimpin oleh Adik Muhammad Irsyaduddin Hafiy bin Yusni Amir

3. Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Pengguna Jalan Raya yang dipimpin oleh Pn. Nik Asmah binti Ruman.

4. Bacaan Ikrar Murid yang dipimpin oleh Adik Muhammad Irsyaduddin Hafiy bin Yusni Amir


5. Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Pn. Noor Asiah binti Mohd. Yusof

5.1 Murid-murid didapati tidak beratur dengan tertib ketika membeli minuman di kantin. Maka diharapkan agar murid-murid lebih berdisiplin dan dapat beratur sebelum membeli minuman di kantin kerana dikhuatiri tumpah ke lantai jika berebut-rebut.
5.2 Guru-guru bertugas juga mendapati ada murid yang mengambil kesempatan dengan berpura-pura sakit dan berehat di katil di bilik guru. Murid-murid diingatkan supaya tidak melakukan perbuatan tersebut lagi kerana ia tidak elok. 



6. Ucapan guru bertugas, Pn. Nik Asmah binti Ruman.

6.1 Guru bertugas memperkenalkan barisan guru yang bertugas pada minggu ini.

6.2 Penyampaian hadiah keceriaan kelas. Keputusannya adalah seperti berikut:

- Tahap 1
(1) Kelas 3 Cenderawasih
(2) Kelas 1 Platinum
(3) Kelas 1 Aurum

-  Tahap 2
(1) Kelas 6 Cempaka
(2) Kelas 4 Sitosina
(3) Kelas 6 Bakawali

7. Ucapan wakil pentadbir oleh Pn. Norwati, Setiausaha HEM, SK Desa Pinggiran Putra (wakil GPK HEM yang menunaikan ibadah haji).

7.1 Pn. Norwati telah meminta agak murid-murid lebih tertib dan dapat mengawal tingkahlaku masing-masing. Ini memandang terdapat beberapa kes disiplin dan salahlaku yang berlaku sejak kebelakangan ini.
7.2 Murid-murid juga dimaklumkan bahawa Peperiksaan Percubaan UPSR akan dilaksanakan sepanjang minggu ini iaitu bermula pada 29 Julai sehingga 1 Ogos 2019. Jadi, murid-murid diharap sangat dapat mengawal diri dari membuat bising bagi agar tidak menganggu murid-murid Tahun 6. Manakala murid-Tahun 6 diharapkan dapat menjawab peperiksaan dengan baik dan perbaiki prestasi sebelum ini.



Guru Bertugas , Pn. Nik Asmah binti Ruman berucap.


Laporan Guru Bertugas minggu lepas oleh Puan Noor Asiah binti Yusof.


Tempat Pertama Pertandingan Keceriaan Kelas Tahap 1, kelas 3 Cenderawasih.

Tempat Pertama Pertandingan Keceriaan Kelas Tahap 2, kelas 6 Cempaka.


Ucapan oleh Pn. Norwati selaku wakil PK HEM SK Desa Pinggiran Putra.


1 comment:

Blogger said...

According to Stanford Medical, It's in fact the ONLY reason women in this country get to live 10 years longer and weigh an average of 19 KG less than we do.

(By the way, it has NOTHING to do with genetics or some secret-exercise and absolutely EVERYTHING to do with "how" they are eating.)

P.S, I said "HOW", not "WHAT"...

Click this link to reveal if this short test can help you find out your true weight loss potential

Post a Comment