Wednesday 13 November 2019

Sambutan Hari Kanak-Kanak 2019

Pada 12 November 2019, SEDERAP telah menganjurkan Sambutan Hari Kanak-Kanak 2019 yang bertemakan “Characters In Movies” 🎥🍿

Sambutan pada kali ini telah mendapat tajaan dari PIBG, Syarikat Padimas Bookstore dan Johor Corporation (JCorp) serta syarikat-syarikat di bawah JCorp.

Majlis dimulakan dengan Sambutan Hari Lahir Anak-Anak SEDERAP yang lahir pada bulan September hingga Disember dan disusuli oleh Sambutan Hari Kanak-Kanak.

Sambutan ini serikan dengan beberapa buah persembahan dan program-program yang dibawa oleh JCorp seperti Taklimat Program Pro Du-It, Taklimat Kebersihan oleh KPJ, Sumbangan buku ‘Books of Asia’ oleh JCorp kepada pihak sekolah dan tajaan KFC kepada semua warga SEDERAP.

Dalam sambutan pada kali ini, pihak sekolah telah menerima:
• 900 kotak KFC percuma
• 100 keping baucer KFC
• 200 keping baucer ke Angry Bird Activity Park
• 30 buah buku Bahasa Inggeris untuk Pusat Sumber SEDERAP
• 1 set alat siaraya baharu hasil tajaan pihak-pihak di atas

Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada AJK Pelaksana, juga kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan dan kerjasama secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan sambutan pada kali ini.

Semoga sambutan pada kali ini memberi kenangan yang indah khususnya kepada anak-anak SEDERAP dan semua pihak yang terlibat.

Aksi anak-anak SEDERAP

Aksi anak-anak SEDERAP

Pasukan persembahan
Taklimat Program Pro Du-It


Murid-murid menikmati KFC percuma

Aksi guru-guru dan staf

Aksi guru-guru dan staf

1 comment:

Blogger said...

If you're looking to lose weight then you certainly have to start following this totally brand new tailor-made keto meal plan.

To create this keto diet, licenced nutritionists, fitness trainers, and professional cooks have joined together to develop keto meal plans that are efficient, painless, economically-efficient, and delightful.

Since their first launch in early 2019, 1000's of individuals have already remodeled their body and well-being with the benefits a proper keto meal plan can offer.

Speaking of benefits; in this link, you'll discover eight scientifically-tested ones provided by the keto meal plan.

Post a Comment