Wednesday 20 November 2019

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2019/1442H

   Pada hari Selasa iaitu 19 November 2019, Unit Panitia Agama Islam Dan Bahasa Arab SEDERAP telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran Dan Sambutan Maulidur Rasul di kalangan warga sekolah yang bertempat di Dewan Terbuka.

   Majlis tersebut bermula pada pukul 8.00 pagi dengan perarakan masuk murid-murid Khatam Al-Quran seramai 22 orang . Kemudian diiringi dengan bacaan doa yang dilafazkan oleh Ustaz Mohd Faizul Bin Zakaria. Sejurus itu, maka telah bermulalah bacaan Khatam Al-Quran dimulai dengan surah Ad-Dhuha sehingga surah terakhir iaitu surah An-Nas yang mana diketuai oleh Ustaz Mohd Faizul Bin Zakaria. Sepanjang majlis itu berlangsung, murid-murid dan guru-guru begitu khusyuk mendengar alunan ayat-ayat suci Al-Quran yang dialunkan.

   Setelah selesai Majlis Khatam Al-Quran, majlis diteruskan lagi dengan beberapa persembahan yang menarik daripada murid-murid sekolah sendiri. Persembahan pertama daripada murid-murid Prasekolah di mana mereka mengadakan persembahan nasyid 25 Rasul. Kemudian, diikuti dengan persembahan Kalam Jamaie yang bertajuk  'Al'aqlu salim fil jismi salim'. Kedua-dua persembahan tersebut telah menambat hati para murid dan guru pada hari tersebut.

   Tepat jam 9.00 pagi, majlis diteruskan pula dengan Slot Ceramah Maulidur Rasul bertajuk 'Akhlak Terpuji' yang telah disampaikan oleh penceramah jemputan, iaitu Ustazah Nurul Hidayah Binti Kamarudin merupakan Naib Johan Rancangan Ustazah Pilihan Astro Oasis. Ceramah yang disampaikan lebih kurang sejam itu berjaya mencuit hati dan mendapat respon yang baik daripada murid-murid.

   Sempena Sambutan Maulidur Rasul juga, murid-murid turut melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan seperti kuiz Maulidur Rasul dan  pertandingan selawat antara kelas. Sepanjang aktiviti yang dijalankan, murid-murid ternyata seronok dan aktif dalam aktivit-aktiviti yang disertai oleh mereka.

    Alhamdulillah, Majlis ini dengan jayanya telah berakhir pada jam 1 petang.




Antara gambar-gambar menarik yang sempat dirakam pada majlis tersebut:




 




                        



 





 


 

 















Sekian, terima kasih.




 


1 comment:

Blogger said...

According to Stanford Medical, It's really the SINGLE reason women in this country live 10 years more and weigh 42 pounds lighter than we do.

(By the way, it is not about genetics or some hard exercise and absolutely EVERYTHING to do with "how" they eat.)

BTW, What I said is "HOW", not "what"...

CLICK on this link to reveal if this short quiz can help you discover your true weight loss potential

Post a Comment