Kebun Komuniti SK Desa Pinggiran Putra telah ditubuhkan sejak tahun 2019. Tujuan utama penubuhan kebun ini adalah untuk memberikan pendidikan kepada murid-murid tentang pengalaman, kepentingan dan kelebihan memanfaatkan tanah dengan bercucuk tanam. Pada awalnya, kebun ini diusahakan secara kecil-kecilan oleh para guru dan staff SK Desa Pinggiran Putra. Namun begitu, penglibatan AJK Pewaris Prasekolah dan PIBG sekolah telah membawa perubahan yang besar dalam pembangunan kebun ini. Banyak batas-batas baru telah dibina dan sumbangan pelbagai jenis pokok dan alat-alat pertanian banyak membantu kepada pengeluaran hasil kebun yang banyak pada tahun tersebut.
Namun begitu, banyak halangan dan kekangan yang perlu kami lalui untuk memelihara mengekalkan kebun yang telah diusahakan sehingga kini. Perubahan dan penambahbaikkan telah dilakukan dengan mengambil kira faktor geografi kawasan tanaman dan sebagainya. Pada tahun ini kami terus giat membangunkan semula kebun yang telah diusahakan dengan kerjasama pelbagai pihak sehinggalah tertubuhnya ‘Eco Garden SEDERAP’. Eco Garden SEDERAP merujuk kepada:
Eco bermaksud mesra alam di mana kebun yang diusahakan banyak menggunakan bahan-bahan semulajadi dan juga bahan kitar semula seperti botol-botol mineral terpakai, bekas-bekas sabun terpakai, kulit telur, bekas telur, tayar terpakai dan sebagainya. Kami juga menggunakan baja kompos dan racun serangga organik yang dihasilkan sendiri.
Garden pula bermaksud taman (kebun kami terbahagi kepada tiga jenis tanaman iaitu tanaman herba, tanaman sayuran dan tanaman buah)
SEDERAP - merupakan akronim untuk SK Desa Pinggiran Putra
Kami amat bersyukur kerana kebun yang kami usahakan mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak. Besar harapan kami supaya kebun yang diusahakan dapat memberi manfaat bukan sahaja kepada murid-murid sekolah, para guru dan staf, tetapi juga dapat dimanfaatkan oleh penduduk setempat bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran khususnya.
Welcome To Eco Garden SEDERAP. Antara guru dan staff yang terlibat dalam membangunkan Eco Garden SEDERAP |
No comments:
Post a Comment