Saturday 18 January 2020

PENGGUNAAN BAHAN KITAR SEMULA@ECO GARDEN SEDERAP

Kami menggunakan semula botol terpakai/ bekas sabun terpakai/ bekas telur/ kulit telur/ cawan polisterin terpakai dan tin minuman terpakai sebagai tapak semaian. Penggunaan tayar terpakai yang mudah didapati sebagai pasu menaikkan lagi variasi dalam Eco Garden kami. Selain dapat menjimatkan kos perbelanjaan kebun kami, penggunaan bahan-bahan ini dapat membantu memelihara ekosistem dan mengurangkan pencemaran alam sekitar, Penggunaan kulit telur sebagai bekas semaian sangat bagus kerana kulit telur mengandungi kapur yang boleh dijadikan baja semulajadi kepada tanaman. Jadi hasil semaian dalam kulit telur boleh ditanam terus ke dalam polybag / pasu tanpa perlu mengasingkan/ menanggalkan kulit telur tersebut.


Tayar terpakai dicat semula dan dijadikan sebagai pasu








Menyemai biji benih dalam bekas polisterin terpakai, botol plastik terpakai, bekas telur dan kulit telur


Bekas sabun terpakai juga digunakan sebagai bekas semaian

Keratan batang bayam brazil disemai dalam bekas sabun terpakai


No comments:

Post a Comment