Pada hari ini bersamaan dengan 15 Julai 2020 pelajar-pelajar tahun 5 dan 6 SK Desa Pinggiran Putra telah mula hadir ke sekolah dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh MKN dan KKM sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Tahniah diucapakan kepada pelajar yang hadir dengan mematuhi SOP PKP yang telah ditetapkan. Pihak sekolah juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada wakil Penduduk Persiaran 5 iaitu En Radin Mohd Azmi bin R.Abdul Rahman atas sumbangan peralatan covid19 sempena pembukaan semula sesi persekolahan. Pihak sekolah juga dipantau oleh Pihak Polis dan Wakil PPD Sepang untuk Pematuhan SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan. Terima kasih Semua.
Sumbangan Wakil Penduduk |
No comments:
Post a Comment