Friday, 3 July 2020

Pemilihan Model Pengoperasian Pembukaan Sekolah

As salam dan selamat sejahtera,

Maklum balas ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat pemilihan model pembukaan penuh sekolah seperti yang telah dimaklumkan melalui surat pemakluman bertarikh 26 Jun 2020 dengan rujukan KPM.100-1/3/1 Jilid 3 (6) iaitu Pemakluman Berhubung Model Pengoperasian Pembukaan Penuh Sekolah. Pihak sekolah diminta untuk merujuk surat pemakluman tersebut sebelum mengisi maklumbalas ini. 

Sehubungan itu GB kena isi borang ini... https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdbkuC8nBj1fmygofmmJ820g9k0Tkl0uP8NqmJaQ6Fj7lzD3Q/viewform dengan bantuan pemantau. 

Pemilihan Model  akan menentukan bilangan pengimbas suhu  yang sepatutnya ada. KPM akan turunkan duit untuk beli  pengimbas suhu. 

Dipohon agar para GB isi dengan teliti, berhati-hati sert slow & steady... Borang perlu dihantar selewat-lewatnya pada hari Ahad, 5 Julai 2020.

#kitajagakita


Sekolah pada dasarnya hanya ada dua pilihan iaitu model 1 atau model 2. Model tiga hanya boleh dipilih setelah segala usaha dibuat dan tidak memungkinkan untuk melaksanakan model 2.

Usaha pertama yang perlu dibuat ialah menyusun semaksimum mungkin meja di dalam kelas. 
- Jarak ialah body to body 1 m
- Meja boleh disusun hingga ke dinding tepi
Bila dah dapat bilangan maksimum ini maka mudahlah untuk kita kira berapa bilangan kelas yang baharu.

Cara Kira Bilangan Kelas Baharu:
Untuk mengira berapa bilangan kelas yang baharu kita kena ambil jumlah murid bagi setiap aliran kemudian dibahagi dengan bilangan meja yang maksimum boleh masuk dalam sesebuah kelas.
Misalnya:
1- tahun satu kita ada 6 kelas dgn murid seramai 200 orang. 
2- Katakan bil meja yang maksimum dalam kelas ialah 30.
3- Maka bilangan kelas yang baharu untuk tahun Satu ini ialah:
200/30 = 7 kelas
4- Maka hanya bertambah 1 kelas untuk tahun 1

Buat kiraan yang sama untuk semua tahun. Ingat ya mungkin bilangan maksimum meja tak sama bagi setiap bilik darjah.

Katakan setiap Tahun bertambah 1 kelas, maka 6 Tahun akan ada pertambahan 6 kelas.

Apa nak buat?
1- Usaha sedaya upaya untuk kekalkan semua kelas tu agar sama sesi misalnya dgn letakkan tambahan kelas baharu ni di bilik2 khas. Cara ini akan ada pertambahan period pd guru. 
2- Cantumkan 2/3 kelas dan tempatkan mereka dalam dewan (yg lengkap dgn APD) maka mungkin boleh elakkan tambah period pd cikgu.
3- Namun andai tak ada bilik utk tempatkan pertambahan kelas ni, maka kenalah pilih Model 2 (buka 2 sesi) bagi yang sekolah 1 sesi. Bagi sekolah yang sedia 2 sesi pula terpaksa ambil Model 3.
*Sekolah besar yg muridnya padat dan ramai memang kena model 3.

Maklumat lain:
1- Bilangan mata pelajaran sama. Namun ada penjajaran semula bilangan minggu belajar oleh BPK.
2- Panjang tempoh waktu rehat terpulang kepada sekolah. Tapi ia akan jejaskan waktu balik

Sekadar panduan...

GMGBM
3 Julai 2020



Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment