Tuesday, 18 August 2020

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA KANTIN SEKOLAH BAGI TEMPOH 1 DISEMBER 2020 HINGGA 30 NOVEMBER 2022

 Berhubung dengan perkara tersebut di atas adalah dirujuk.

Bersama-sama ini disertakan Notis Tawaran Sebut Harga Kantin Sekolah Kebangsaan Desa

 Pinggiran Putra bagi tempoh 1 Disember 2020 hingga 30 November 2022


TAWARAN SEBUT HARGA UNTUK KANTIN SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN DESA PINGGIRAN PUTRA

 1.     Tawaran adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berminat untuk 

mengendalikan kantin sekolah ini bagi tempoh dari 1 Disember 2020 hingga 30 November 

2022 (24 bulan).

2.     Sebut harga hendaklah dihantar di dalam surat berlakri dan bertanda “SEBUT HARGA 

KANTIN SK DESA  PINGGIRAN PUTRA” di bahagian atas sudut kiri. Borang serta 

dokumen-dokumen lain berkaitan, hendaklah sampai ke Pejabat sekolah pada atau sebelum 

30.09.2020 jam 12.00 tengah hari. 

3.    Setiap sebut harga hendaklah disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak RM100 

(Ringgit Malaysia:  Satu Ratus Sahaja) dalam bentuk kiriman wang/ wang pos/ draf bank/ cek 

berpalang atas nama GURU BESAR SK DESA PINGGIRAN PUTRA. Permohonan tanpa 

wang pertaruhan tidak akan dilayan dan dipertimbangkan. Wang pertaruhan akan 

dikembalikan semula kepada  pemohon-pemohon yang tidak berjaya. 

4.     Borang-borang serta dokumen lain yang berkaitan boleh didapati di Pejabat sekolah 

mulai 8.00 pagi hingga 5.00 petang pada waktu pejabat secara PERCUMA.

             Jumlah anggaran murid untuk tahun 2021 adalah seperti berikut;

                 Jumlah murid Melayu                 = 950 orang

                 Jumlah murid Cina                     = tiada

                 Jumlah murid India                    = tiada

                 Lain-lain                                    = tiada

                 Jumlah besar                            = 950 orang     

                 Jumlah guru                              = 59 orang

                 Jumlah kakitangan                     =  8 orang

                 Pekerja swasta                          =  8 orang

                 Sesi persekolahan                     : 1 sesi (pagi sahaja) 

5.     Keputusan Jawatankuasa Sebut Harga adalah muktamad dan sebarang bantahan 

atau rayuan tidak akan dilayan. 


6.     Dokumen-dokumen yang perlu dilampirkan bersama borang permohonan ialah;

i.              Sijil Pendaftaran Perniagaan (ROB)

ii.             Sijil Pendaftaran Sijil Kewangan(ROT)

iii.            Sijil Kursus Pengendalian Makanan

iv.            Lesen Perniagaan Majlis Perbendaharaan (jika sedang berniaga), cetakan 

              pendaftaran online FOSIM (Food Safety Information Management) dengan 

              Kementerian Kesihatan Malaysia, jika belum sila daftar melalui laman web : 

              http//fosimdimestic.moh.gov.my

v.             Markah kebersihan kantin sekarang (jika ada kantin).


Segala kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan/puan amat dihargai dan disanjung tinggi.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment