Tuesday, 18 August 2020

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA KEDAI BUKU SEKOLAH BAGI TEMPOH 1 DISEMBER 2020 HINGGA 30 NOVEMBER 2022

 

Berhubung dengan perkara tersebut di atas adalah dirujuk.  Bersama-sama ini disertakan Notis Tawaran Sebut Harga Kedai Buku Sekolah Kebangsaan Desa Pinggiran Putra bagi tempoh 1 Disember 2020 hingga 30 November 2022.


 TAWARAN SEBUT HARGA UNTUK KEDAI BUKU SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN DESA PINGGIRAN PUTRA

 

1. Tawaran adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berminat untuk mengendalikan Kedai Buku Sekolah ini bagi tempoh dua tahun, mulai dari 01.12.2020  hingga 30 November 2022 (24 bulan) 

2.  Sebut harga hendaklah dihantar di dalam surat berlakri dan bertanda “SEBUT HARGA KEDAI BUKU SK DESA PINGGIRAN PUTRA” di bahagian atas sudut kiri. Borang serta dokumen-dokumen lain berkaitan, hendaklah sampai ke Pejabat sekolah pada atau sebelum 30.09.2020 jam 12.00 tengah hari.

3. Setiap sebut harga hendaklah disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak RM100 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Sahaja) dalam bentuk kiriman wang/ wang pos/ draf bank/ cek berpalang atas nama GURU BESAR SK DESA PINGGIRAN PUTRA. Permohonan tanpa wang pertaruhan tidak akan dilayan dan dipertimbangkan. Wang pertaruhan akan dikembalikan semula kepada  pemohon-pemohon yang tidak berjaya.Borang-borang serta dokumen lain yang berkaitan boleh didapati di Pejabat sekolah mulai 8.00 pagi hingga 5.00 petang pada waktu pejabat secara PERCUMA

4.  Jumlah anggaran murid untuk tahun 2021 adalah seperti berikut;

                 Jumlah murid Melayu                 = 950  orang

                 Jumlah murid Cina                     = tiada

                 Jumlah murid India                    = tiada

                 Lain-lain                                    = tiada

                 Jumlah besar                            = 950 orang                             

                 Jumlah guru                              = 59 orang

                Sesi persekolahan                     : 1 sesi (pagi sahaja)

 5.     Jawatankuasa Sebut Harga tidak terikat untuk memilih mana-mana tawaran sebut harga yang tertinggi atau sebarang sebut harga. Keputusan Jawatankuasa Sebut Harga adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan dilayan.


No comments:

Post a Comment