Tuesday 5 October 2021

SUASANA PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH BAGI MURID BERKEPERLUAN KHAS (PPKI)

     Selamat kembali ke sekolah secara bersemuka buat semua murid berkeperluan khas (MBK). Pelbagai gelagat murid yang dapat dilihat setelah lama tidak hadir ke sekolah. Alhamdulillah perjalanan pembukaan sekolah hari ini telah berjalan dengan lancar dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

    Kami juga telah dikunjungi oleh Encik Ishak bin Abdullah, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Sepang dan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang datang memantau sesi perjalanan pembukaan semula sekolah pada hari ini.

    Terima kasih kami ucapkan kepada semua warga SEDERAP yang bekerjasama dan mematuhi setiap SOP yang telah ditetapkan oleh sekolah berpandukan ketetapan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.















No comments:

Post a Comment