Tuesday 5 October 2021

MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEBANGSAAN DAN BULAN BAHASA PERINGAT SEKOLAH TAHUN 2021

Pada tanggal 22 September 2021, Sabtu yang lalu SK Desa Pinggiran Putra telah mengadakan sambutan penutupan bagi program Bulan Kebangsaan dan Bulan Bahasa bagi tahun 2021. Majlis diadakan secara live Youtube melalui Chanel Youtube SEDERAP.

    Setelah sebulan Panitia Sejarah dengan kerjasama beberapa panitia yang lain mengadakan berbagai-bagai pertandingan, alhamdulillah seramai 171 orang murid telah menyertai pertandingan tersebut. 

    Hasil karya yang dihasilkan oleh murid-murid SEDERAP sangat kreatif, menarik dan cantik. Usaha bersama ibu bapa dan murid-murid dapat dilihat daripada hasil karya yang telah dihantar. Hasil daripada pertandingan ini dapat dirumusakan bahawa kejayaan setiap anak-anak hasil daripada dorongan dan bantuan para ibu bapa.

     Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. Terima kasih juga diucapkan kepada AJK Pelaksana yang bertungkus lumus memastikan program ini berjalan dengan lancar. Selain itu, tahniah juga diucapkan kepada semua pemenang yang berjaya memenangi pertandingan yang dipertandingkan. Kepada yang tidak berjaya diharapkan tidak kecewa dan terus bangun berusaha untuk tahun hadapan.

Di bawah merupakam sedikit memori untuk disemadikan melalui blog ini untuk tatapan warga SEDERAP :-

a) Video nama pemenang bagi murid Prasekolah, PPKI dan tahap 1



b) Video nama pemenang bagi murid tahap 2




c) Video hasil karya murid


Video yang menarik ini dihasilkan oleh cikgu Athirah guru perpustakaan dan media sekolah. 


No comments:

Post a Comment