Monday 18 April 2022

LAPORAN PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU 2.0 (2022)

Program Transisi Tahun Satu 2022 merupakan satu program yang dirangka untuk menyediakan murid menghadapi perubahan, menyesuaikan diri dan membina keyakinan diri mereka di sekolah rendah. Program ini dirangka dengan mengambil kira kandungan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dengan penekanan terhadap aspek sosioemosi, kognitif dan fizikal murid. Program ini diharapkan dapat membantu murid dari pelbagai latar belakang, pengalaman pembelajaran dan perkembangan sosioemosi untuk memulakan proses pembelajaran di Tahun Satu pada tahap perkembangan dan pencapaian yang hampir sama.  

Mulai Kalendar Akademik 2022/2023, PTTS 2.0 dilaksanakan selama empat (4) minggu bagi murid Tahun Satu mulai minggu pertama persekolahan.

Pelaksanaan PTTS 2.0 mengandungi dua (2) fasa iaitu:

Fasa 1: Fasa Penyesuaian dilaksanakan selama dua (2) minggu mengikut peruntukan waktu sehari yang telah ditetapkan. Merangkumi aktiviti suai kenal, aktiviti fizikal, aktiviti rutin, aktiviti pembelajaran, perbualan awal  dan rehat. Melaksanakan pelbagai kaedah Pentaksiran Bilik Darjah(PBD) menggunakan item dalam Senarai Semak Kesediaan Murid (Lampiran A).

Fasa 2: Fasa Kesediaan dilaksanakan selama dua (2) minggu mengikut jadual waktu Tahun Satu. Melaksanakan pelbagai kaedah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) menggunakan item dalam Senarai Semak Kesediaan Murid ( Lampiran A). Merancang pengajaran dan pembelajaran (Pdp) terbeza berdasarkan tahap kesediaan murid. Merujuk tema seperti dalam Kit PTTS 2.0 Pemilihan tema adalah mengikut minat, latar belakang dan persekitaran murid. Aktiviti yang bersesuaian boleh dirancang dengan tahap kesediaan murid dan kreativiti guru. Memastikan murid menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperlukan untuk pembelajaran seterusnya.

Bagi memastikan Program Transisi Tahun Satu 2021 dilaksanakan sebagaimana yang dihasratkan, pihak pentadbir perlu menjalankan pemantauan ke atas guru yang terlibat dalam program dari semasa dan semasa. Selain daripada itu, pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) juga memainkan peranan yang penting untuk membantu dan memberi sokongan kepada pihak sekolah. Lawatan kunjung bantu ke sekolah boleh dilaksanakan untuk memantau serta memberi bimbingan kepada guru dan pihak pentadbir. JPN, PPD dan sekolah juga boleh melaksanakan penilaian untuk melihat keberkesanan pelaksanaan program tersebut. 


Program transisi dapat dilaksanakan dengan baik bermula pada 21 Mac hingga 15 April 2022 dengan bantuan dan kerjasama daripada semua ibu bapa dan guru tahun 1. Murid telah melaksanakan program transisi secara bersemuka dengan jayanya. Pelbagai aktiviti turut diadakan sepanjang program transisi dilaksanakan. Murid juga dipilih sebagai pemenang mengikut kategori sepanjang aktiviti dilaksanakan. 



GAMBAR AKTIVITI : Tekan link di bawah.

https://photos.app.goo.gl/6xBeGppfXbHY6MYTA



Aktiviti yang dilaksanakan sepanjang tempoh Program Transisi Tahun Satu 2.0.




Majlis penutupan Program Transisi Tahun Satu 2.0

No comments:

Post a Comment