Wednesday, 7 December 2022

LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR(2)

 LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR ALIRAN PERDANA (TAHUN 1-6)



  1. MATLAMAT


  • Melihat pembelajaran murid-murid dalam konteks sistem yang menyeluruh iaitu keluarga, rakan sebaya, persekitaran sekolah, komuniti dan masyarakat luas.

  • Membentuk personaliti murid-murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

  • Merealisasikan pengetahuan dalam PdPc dengan pengalaman yang sebenar.


  1.    OBJEKTIF


  • Melahirkan sikap menghargai keindahan alam sekitar dan bangga akan negara sendiri.

  • Memupuk sikap bertanggungjawab, berdikari dan mematuhi peraturan.

  • Murid-murid dapat mempelajari sesuatu selepas berinteraksi dengan persekitaran tempat lawatan.

  • Murid-murid dapat meneroka, menyiasat, menyelesaikan masalah, membuat andaian, memberi perhatian, mengembangkan sifat gigih, ingin tahu, tekun, yakin pada diri sendiri dan banyak lagi penerapan unsur-unsur nilai murni.

  • Murid-murid berminat melibatkan diri dalam interaksi sosial dan berhubung dengan orang lain.



  1.    PELAKSANAAN


  1. Tarikh Lawatan dan Hari


7 Disember 2022 (Rabu)


  1. Tempat


  1. G2G Animal  

  2. Beryl’s Chocolate 


  1. Bilangan Peserta


  • 80 orang murid


  1. Bilangan Pengiring


  • 8 orang guru


  1. Negara Yang Dilawati


Malaysia



  1.    KUMPULAN SASARAN


Kumpulan sasaran adalah terdiri daripada 80 orang murid Aliran perdana dan  8 orang guru pengiring.


7.0    PENGISIAN PROGRAM


  1.        7 DISEMBER 2022 (RABU)


PAKEJ A - G2G ANIMAL GARDEN MAEPS, SERDANG


8.30 am : Berkumpul di perkarangan SKDPP, Kajang. 

                  Pendaftaran peserta oleh Guru Bertugas. 

                  Taklimat program oleh Guru Lawatan @ Pembantu Lawatan.


9.00 am : Program dimulakan. Bertolak ke MAEPS Serdang. 


10.00 am : Mulakan program di Beryl’s Chocolate. 

                   Peserta bergerak di dalam kumpulan masing-masing. 

                   Program mengambil masa selama 2 jam.


12.30 pm : Sajian Tengahari disediakan & Solat di MAEPS Serdang


2.30 pm : Setelah peserta selesai solat & menguruskan diri, bertolak ke G2G Animal Garden.


3.00 pm : Memulakan program di G2G Animal Garden. 

                  Peserta akan bergerak mengikut kumpulan masing-masing.


5.00 pm : Berkumpul semula di perkarangan G2G Animal Garden. 

                  Bertolak balik ke Kajang. 


6.00 am : Tiba di SKDPP, Kajang. 

                  Tamat program



Kekuatan : Program ini berjalan dengan lancar.


Kelemahan: 1. Bilangan murid yang menyertai lawatan terlalu ramai dan perlu dikecilkan jumlah.

                      

Dilaporkan oleh:

Penyelaras Program Lawatan SKDPP 2022




GAMBAR- GAMBAR SEMASA LAWATAN


Murid menaiki bas 







Murid berada di G2G Animal Maeps Serdang



Berhenti makan di Maeps Bistro





Murid berada di Beryl’s Chocolate

No comments:

Post a Comment