Friday 3 November 2023

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU 31

 Hari        : Isnin

Tarikh    : 30 Oktober 2023

Masa     : 7.30 – 8.00 pagi

Tempat : Tapak Perhimpunan SK Desa Pinggiran Putra

 

SENARAI GURU BERTUGAS

1. Zahariah Binti Zainal Abidin

2. Norwati Binti Mohammad Supian

3. Hafidah Binti Abd Hamid

4. Umi Nazihah Binti Che Ghani

5. Paezah Binti Ibrahim

6. Mohd Shazuwan Bin Che Lah

Perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor, Sekolah dan bacaan ikrar oleh Pn Zahariah Binti Zainal Abidin.

      LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU LEPAS OLEH NUR HANANI BINTI RAMLAN

1. Kehadiran - Datang lambat jangan dijadikan amalan. Pastikan hadir sebelum 7.20 pagi setiap hari. 
2. Budaya memberi salam kepada guru.
3. Jaga tingkah laku. Elak bermain bola di dewan terbuka.
4. Pembelian di kantin, sila bawa duit kecil.
5. Jangan ambil makanan murid lain.
6. Murid suka masuk bilik guru beramai-ramai.
7. Dilarang menggunakan tandas guru di PPKI.

PENYAMPAIAN SIJIL TKRS

Terdapat beberapa orang murid telah terlibat dengan perkhemahan TKRS peringkat negeri.

PELANCARAN MINGGU SOLIDARITI PALESTINE

Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran tentang keadaan semasa di Palestine dan memupuk semangat jati diri yang kuat dalam diri murid-murid.

UCAPAN GURU BESAR
1. Kehadiran ke sekolah. Murid perlu patuh peraturan sekolah. Hadir sebelum 7.20 pagi.
2. Amalkan budaya sapa dan salam. Tunduk dan beri salam. 
3. Bermain hanyalah di kawasan bermain. Secara spesifik di padang sekolah. Bukan di kawasan yang tidak sesuai dan bahaya. 
4. Amalkan budaya cintakan kebersihan. Buang sampah ke dalam tong sampah.
5. Guru besar menceritakan keadaan semasa yang berlaku di Palestine.
6. Murid-murid disuntik semangat untuk cintakan Palestine sepertimana cintakan Malaysia.
7. Guru besar merasmikan pelancaran Tabung Bantuan Palestine.
    
                                                      Barisan guru bertugas.

                                                                Bacaan ikrar oleh murid.

                
                                                     Penyampaian sijil TKRS kepada murid.

                                                     Pelancaran Minggu Solidariti Palestine.


                                                                Guru besar memberikan ucapan.








No comments:

Post a Comment