Sunday 17 December 2023

PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BADAN BERUNIFORM SK DESA PINGGIRAN PUTRA 2023





Pada 8-10 Disember 2023 yang lalu, telah dilaksanakan program Perkhemahan Perdana Unit Badan Beruniform SK Desa Pinggiran Putra. Perkhemahan Perdana ini merupakan program tahunan sekolah yang dianjurkan oleh unit Kokurikulum. Pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang perkhemahan ini berlangsung yang mana ianya melibatkan sejumlah 93 orang murid tahap dua. Antara aktiviti utama yang dijalankan ialah seperti:

·       Taaruf dan ice breaking/blended

·       Solat berjemaah tazkirah, selawat, bacaan surah dan doa

·       Pelaksanaan 15 modul perkhemahan

·       Persembahan

Alhamdulillah semua yang dirancang telah dapat dilaksanakan dengan lancar dan baik sekali. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan Perkhemahan Perdana Unit Badan Beruniform terutamanya Guru Besar, pihak pentadbiran, penyelaras, jawatankuasa,  En. Zailani berserta team, guru-guru, peserta perkhemahan dan ibu bapa/penjaga. Terima kasih atas usaha dan kerjasama dalam menjayakannya.  


Berikut merupakan sebahagian momen yang dirakam sepanjang Perkhemahan Perdana dijalankan.




























Terima kasih dan selamat bercuti  😍😎







No comments:

Post a Comment