Tuesday 4 April 2023

LAPORAN MINGGU KETIGA PERSEKOLAHAN SESI PAGI 2023/2024

 

Hari        : Isnin
Tarikh    : 3 April 2023
Masa      : 7.30-8.00 pagi
Tempat  : Dewan Terbuka SK Desa Pinggiran Putra

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Malaysia Madani.

Berikut merupakan senarai guru yang bertugas pada minggu ini:

  1. SOFIAH BINTI ABDUL HALIM (K) 
  2. NORLIZAWATI BINTI MOHD RAZALI 
  3. MUHAMMAD JAWAD FARUQI BIN ZAINAL ABIDIN
  4. SAL SABIL BINTI ZAINUDIN
  5. MOHAMED FAKARUDIN BIN ABD TALIB
  6. FATIN HABIBAH BINTI MAZLAN
  7. DAYANGKU NURHANIS BINTI AWANGKU ARNI (PAGI/PETANG)

LAPORAN PERHIMPUNAN

  1. Nyanyian 3 buah lagu - lagu Negaraku, lagu negeri Selangor dan lagu sekolah.
  2. Bacaan Doa oleh pengawas bertugas.
  3. Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh ketua guru bertugas.
  4. Bacaan Ikrar Murid oleh pengawas bertugas.

LAPORAN GURU BERTUGAS PADA MINGGU LEPAS

1. Murid-murid diberi peringatan supaya membuang pelitup muka ke dalam tong sampah yang disediakan, bukan di dalam singki.


2. Murid-murid diingatkan supaya tidak bermain di kawasan luar pagar sekolah semasa menunggu kedatangan ibu bapa atau penjaga.


3. Murid dinasihatkan untuk mengisi masa pada waktu rehat dengan aktiviti tadarus atau sebarang aktiviti yang berfaedah dan tidak membuat bising atau bermain di dalam kelas.



UCAPAN EN. ZAIRI BIN MHD LAURI, PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

1. PK HEM menerangkan tentang pelbagai jenis salah laku dan pelanggaran disiplin sekolah, serta jenis hukuman yang bersesuaian dengan jenis kesalahan yang dilakukan.

2. Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebarang sebab atau makluman, akan diberi surat peringatan pertama, kedua dan ketiga.

3. Murid-murid dikehendaki berdiri untuk menghormati lagu Negaraku, lagu negeri Selangor dan lagu sekolah yang sedang dimainkan ketika dalam perjalanan menuju ke dalam kawasan sekolah.

4. Beliau menegaskan bahawa murid-murid hendaklah mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan serta menerima dan memahami segala hukuman yang diputuskan oleh Badan Disiplin Sekolah.



Barisan guru bertugas pada minggu ini







Gambar-gambar sekitar waktu perhimpunan


Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh:

DAYANGKU NURHANIS BINTI AWANGKU ARNI

No comments:

Post a Comment