Monday 25 September 2023

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU 25

 Hari        : Isnin

Tarikh    : 25/9/2023

Masa     : 7.30 – 8.00 pagi

Tempat : Dewan Terbuka SK Desa Pinggiran Putra.

 

SENARAI GURU BERTUGAS

1.       Noor Hayati binti Miswan (Ketua)

2.       Mohd Azizun Sauri bin Aziz

3.       Siti Noorhidayah binti Azmee

4.       Noraida binti Abd Aziz 

5.       Siti Aishah binti Md Sarif

6.       Muhamad Adib Najmi bin Zainuddin

7.       Ahmad Naqiuddin bin Wahid

8.       Adam Luqman bin Mat Zahir



                          Guru Bertugas Minggu 25

LAPORAN PERHIMPUNAN

1.       Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah dipimpin oleh murid bertugas.

2.       Bacaan doa dan ikrar murid oleh murid bertugas.

3.       Ketua guru bertugas memimpin bacaan ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya.

                                                     

Ketua guru bertugas memimpin bacaan ikrar.



Ucapan guru bertugas minggu lepas

 

4.       Laporan guru bertugas disampaikan oleh Cikgu Mohd Shazuwan bin Che Lah. Beliau memberi teguran kepada aspek-aspek berikut

a.       Murid diminta datang awal ke sekolah, sebelum jam 7.20 pagi.

b.       Jaga adab dan kelakuan di kantin. Duduk dengan teratur, makan dengan sopan dan menjaga adab dihadapan makanan.


KEPUTUSAN KECERIAAN KELAS

Johan : 6 Delima

Naib Johan : 6 Berlian

Ketiga : 6 Zamrud


SIMBOLIK PELANCARAN PROGRAM MEMBACA


Guru besar diiringi para pentadbir menerima simbolik perasmian program membaca daripada penyelaras program, Cikgu Atirah binti Mustafa.

 

Perhimpunan ditangguhkan pada jam 8.10 pagi.


No comments:

Post a Comment