Monday 23 October 2023

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU 30

 Hari        : Isnin

Tarikh    : 23 Oktober 2023

Masa     : 7.30 – 8.00 pagi

Tempat : Dewan Terbuka SK Desa Pinggiran Putra

 

SENARAI GURU BERTUGAS

1. Nur Hanani binti Ramlan

2. Nurhafiza binti Mohamad Ramdzan

3. Nurul Huda binti Wan abdullah

4. Mohammad Soleh bin Adnan

5. Siti Amalina binti Mazni

6. Siti Masra binti Abdul Kadir

7. Nur Hazwani binti Mat Zaki



Perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor, Sekolah dan bacaan ikrar oleh Ustazah Hanani.




HADIAH KECERIAAN KELAS- MINGGUAN

1. 6 Berlian

2. 6 Delima

3. 5 Barium




LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU LEPAS OLEH PN. WAN MALAIKAH

1. Kehadiran - Datang lambat jangan dijadikan amalan. Pastikan hadir sebelum 7.20 pagi setiap hari. 
2. Budaya memberi salam kepada guru.
3. Jaga tingkah laku. Elak bermain bola di dewan terbuka.


PENYAMPAIAN HADIAH JOHAN PIDATO MBMMBI PERINGKAT NEGERI SELANGOR.
  Pada bulan Julai, seorang Murid, Nurul Izzah binti Roslan dari kelas 5 Platinum telah mendapat johan dalam pertandingan pidato mewakili sekolah dalam pertandingan pidato sekolah-sekolah daerah Sepang. Nurul Izzah telah mewakili daerah Sepang dalam pertandingan pidato negeri Selangor pada 25 September 2023. Beliau sekali lagi telah mengharumkan nama sekolah kerana telah berjaya merangkul johan peringkat negeri Selangor. Tahniah diucapkan. 


Ucapan Pentadbir Penolong Kanan Kurikulum, Pn. Maznah.

1. Kehadiran ke sekolah. Murid perlu patuh peraturan sekolah. Hadir sebelum 7.20 pagi.
2. Amalkan budaya sapa dan salam. Tunduk dan beri salam. 
3. Bermain hanyalah di kawasan bermain. Secara spesifik di padang sekolah. Bukan di kawasan yang tidak sesuai dan bahaya. 
4. Amalkan budaya cintakan kebersihan. Buang sampah ke dalam tong sampah.



Sekian Terima Kasih


No comments:

Post a Comment