Sunday 21 January 2024

TAKLIMAT & PENDAFTARAN TAHUN 1 SERTA PRASEKOLAH 2024/2025

Pada hari Selasa, 16 Januari 2024, bertempat di Dewan Terbuka SK Desa Pinggiran Putra telah berlangsungnya Taklimat & Pendaftaran Tahun 1 serta Prasekolah bagi sesi 2024/2025.

Ibubapa yang hadir telah diberikan taklimat tentang pengurusan persekolahan oleh barisan pentadbir sekolah. Selepas taklimat, ibubapa berurusan pula dengan guru-guru kelas bagi urusan pendaftaran anak masing-masing.

Taklimat dan pendaftaran ini telah berlangsung dengan lancar dan diharapkan agar ibubapa yang hadir jelas tentang maklumat pembukaan dan perjalanan sekolah bagi sesi 2024/2025 nanti.

Tahniah dan syabas buat ibubapa yang hadir.











Laporan disediakan oleh:
Pn. Intan Nazira bt Bahri

No comments:

Post a Comment