LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE-19 (SESI PAGI)
Tarikh: 23 Jun 2025
Hari: Isnin
Masa: 7.30 - 8.30 pagi
Tempat: Dewan Terbuka, SK Desa Pinggiran Putra
Guru Bertugas:
1. SITI NORHIDAYAH BINTI AZMEE
2. WAN MUHAMAD HAFIZ BIN WAN YASIN
3. NIK SUHAILA BINTI NIK AHMAD
4. TENGKU FAIRUS BINTI RAJA HASSAN
5. SITI NUR AIN BINTI ABDUL RAHMAN
6. ATIRAH BINTI MUSTAFA
7. NURUL HANAN BINTI HUSSIN
1. Kata-kata Aluan Pengacara Majlis ( Minggu Bahasa Arab)
2. Bacaan doa
3. Nyanyian lagu rasmi (Lagu Negaraku, lagu negeri Selangor dan lagu SKDPP)
4. Bacaan ikrar guru
5. Bacaan ikrar murid
6. Laporan guru bertugas minggu lepas, Cikgu Siti Suhaida Binti Saniman
a) Murid perlu mematuhi peraturan sekolah dan tidak lagi hadir lewat ke sekolah
b) Disiplin murid: kes menyorok kasut kawan oleh pelajar lelaki atau perempuan tidak diulangi lagi terutama di luar Pusat Sumber, Surau atau waktu solat di Dewan Terbuka pada hari Rabu (Kokurikulum).
c) Budayakan amalan memberi dan menjawab salam.
d) Murid tidak dibenarkan ponteng kelas atau aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah
e) Murid tidak dibenarkan masuk ke bilik guru sesuka hati kecuali dengan kebenaran.
f) Murid tidak dibenarkan membeli makanan di kantin selain waktu rehat.
g) Gunakan mesin air coway dengan cara yang berhemah.
7. Penyampaian hadiah
a) Keceriaan Kelas
Tempat pertama: 4 Firus
Tempat kedua: 4 Indigo
Tempat ketiga: 6 Perahu Layar
c) Penyampaian Sijil atas penyertaan dalam Pertandingan Reka Cipta Kad Hari Raya Digital Sekolah Rendah Peringkat Daerah Sepang yang berlangsung pada 27 Mac 2025.
d) Penyampaian Sijil kepada Guru-guru yang terlibat dengan Lawatan Penanda Aras ke SMK Seri Sepang, SK Salak dan SMK Sungai Rawang (Eksplorasi Literasi NILAM).
8. Ucapan pentadbir: PUAN MAZNAH BINTI MOHD NOOR
a) Tahniah kepada kelas yang telah berjaya dalam Pertandingan Keceriaan kelas.
Jadikan kejayaan mereka sebagai sumber inspirasi untuk mejamin kebersihan setiap kelas.
b) Amalkan Budaya memberi salam kepada sesiapa sahaja.
c) Amalkan Budaya bawa air kosong.
d) Buku Kawalan Kelas perlu digunakan dengan cara yang berhemah.
e) Amalan baik akan direkodkan dalam SSDM.
9. Ucapan Guru Besar : PUAN HAJJAH ANITA BINTI SARIDIN
a) Larangan menggunakan padang yang sedang dalam pembinaan. Padang yang boleh digunakan adalah di sebelah Pra Sekolah. Mesti ke padang bersama guru.
b) Bilik Guru, bukan laluan murid kecuali dengan kebenaran guru.
No comments:
Post a Comment