Monday, 8 March 2021

Laporan Mingguan Guru Bertugas Minggu ke-2

            Selamat kembali ke sekolah secara bersemuka buat semua murid dan warga Sekolah Kebangsaan Desa Pinggiran Putra (SEDERAP) khususnya murid tahan 3, 4, 5 dan 6. Alhamdulillah perjalanan murid masuk ke kawasan sekolah pada hari ini berjalan dengan lancar dibawah pemantauan polis yang bertugas.

            Sebelum memulakan sesi PdPC, kami telah mengadakan Majlis Bacaan Surah Yaasin Perdana di kelas masing-masing yang diketuai oleh Tuan Haji Zulhimi Bin Nawawi pada waktu peruntukkan perhimpunan iaitu jam 7.40 pagi hingga 8.10 pagi.

            Pada hari ini, kami telah dikejutkan dengan pemberian sekuntum bunga ros kepada semua guru wanita SEDERAP daripada Dato' Seri Rina binti Mohd Harun, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bersempena Hari Wanita Sedunia 2021.

            Pada waktu balik, kami juga telah dikunjungi oleh Puan Zalifah binti Reduan, Pegawai PPD Unit Pendidikan Khas PPD Sepang dan polis bertugas yang datang memantau sesi perjalanan penyuraian murid pada hari ini. Terima kasih kami ucapkan kepada semua warga SEDERAP yang bekerjasama dan mematuhi setiap SOP yang telah ditetapkan oleh sekolah berpandukan ketetapan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

    Kumpulan guru bertugas pada minggu pertama ini terdiri daripada 14 orang guru seperti yang berikut:

1. NORAIDA BINTI AB AZIZ

2. NADIAH BINTI NAZARUDDIN

3. MOHD AZIZUN SAURI BIN AZIZ

4. ROZAYMA BINTI ZAMAN

5. SALSABIL BINTI ZAINUDDIN

6. SATRIANA BINTI HAPI

7. MUHAMMAD JAWAD FARUQI BIN ZAINAL ABIDIN

8. NOR SABARIAH BT AWANG NGAH

9. NIK SUHAILA BINTI NIK AHMAD

10. NURUL HUDA BINTI WAN ABDULLAH

11. NURUL HUDA HANANI BINTI AB GHANI

12. UMI NAZIHAH BINTI CHE GHANI

13. SURAYA BINTI SAAD

15. FATIN HABIBAH BINTI MAZLAN

Pemantauan polis pada waktu pagi

Majlis Bacaan Yaasin Perdana di kelas masing-masing

Majlis Bacaan Yaasin Perdana di kelas masing-masing

Pemberian bunga ros daripada Dato' Seri Rina binti Mohd Harun




Kunjungan daripada Puan Zalifah binti Reduan, Pegawai PPD Unit Pendidikan Khas PPD Sepang dan polis bertugas yang datang memantau sesi perjalanan penyuraian murid 


Kunjungan daripada Puan Zalifah binti Reduan, Pegawai PPD Unit Pendidikan Khas PPD Sepang dan polis bertugas yang datang memantau sesi perjalanan penyuraian murid 


Kunjungan daripada Puan Zalifah binti Reduan, Pegawai PPD Unit Pendidikan Khas PPD Sepang dan polis bertugas yang datang memantau sesi perjalanan penyuraian murid 





Tatacara Murid Memasuki Kasawan Sekolah dan Tatatcara Mengambil Murid Selepas Waktu Persekolahan Versi 2.0 (8 Mac 2021)

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Berikut ialah pautan video penerangan Tatatcara Murid Memasuki Kasawan Sekolah dan Tatatcara Mengambil Murid Selepas Waktu Persekolahan Versi 2.0 (8 Mac 2021)

:round_pushpin: https://youtu.be/i0fa6SYw2xk
:round_pushpin: https://youtu.be/eR9m-vMyo8Y

Diharap semua warga Sederap dapat menonton video tersebut bagi melancarkan lagi perjalanan datang dan balik sekolah.

Sekian, terima kasih.

Sunday, 7 March 2021

Suntikan Imunisasi bagi Murid Tahun 1 2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Adalah dimaklumkan bahawa pihak PKD Sepang akan menjalankan Suntikan Imunisasi Tahun 1 seperti ketetapan berikut:

Hari       :1snin-Khamis

Tarikh    :8 Mac-11 Mac 2021

Masa      : 2.30-4.00 PTG

Tempat   :Klinik Komuniti Sungai Merab


Ibubapa boleh merujuk jadual imunisasi mengikut kelas dan tarikh yg telah ditetapkan di pautan berikut

 https://docs.google.com/spreadsheets/d/19HHCeAeBcxPbCBJrI7dWUe-0jquq7SRR4xKCFSV5j98/edit?usp=drivesdk




Semoga program ini berjalan lancar dan mendapat kerjasama dari semua pihak.

Memo 11: Penyuraian Murid Waktu Balik Sekolah

 Memo 11: Penyuraian Murid Waktu Balik Sekolah


ANDA CERMAT, ANAK SELAMAT!


Assalamualaikum WBK dan Salam Sejahtera


Berdasarkan data yang diperolehi dari borang soal selidik, pihak sekolah sebaik mungkin mengatur aliran penyuraian murid agar dapat meminimumkan kesesakan dan menggelakkan berlakunya 3S (3C) di kalangan murid mahupun ibu/bapa/penjaga.

  • Sesak (Crowded)

  • Sempit (Confined)

  • Sembang rapat-rapat (Closed conversation)


Mulai esok, 8 Mac 2021 apabila semua murid prasekolah hingga Tahun 6 yang jumlahnya 1000 murid, pihak sekolah amat berharap agar murid  dapat disuraikan dalam keadaan teratur dan selamat. Mulai esok juga Pintu Pagar D (berada di Jalan 4A/5, di antara sekolah dan Surau Al Mukhlisin) mula dibuka. Pintu pagar D dikhususkan untuk van sekolah/kenderaan transit dan murid pejalan kaki sendiri/diiringi ibu bapa/penjaga.

Sehubungan itu dipohon agar kita semua dapat sama-sama bekerja untuk memutuskan rantaian COVID-19 dengan mematuhi perkara yang berikut:

  1. Mematuhi menunggu di lokasi (pintu pagar) yang ditetapkan sama ada B, C atau D.

  2. Ikut laluan sehala yang ditetapkan. Di Pintu Pagar B datang dari arah Restoran Fenomena menuju ke Gelanggang Futsal. Pintu Pagar D, rujuk no 13.

  3. Mengelakkan pelengahan, penghalangan dan pertelagahan

  4. Sentiasa saling menghormati dan bertimbang rasa

  5. Sikap sabar dan bertoleransi amat penting

  6. Sentiasa awas apabila memandu dalam kawasan pengambilan murid (murid melintas)

  7. Mematuhi arahan petugas guru/pengawal keselamatan/sukarelawan

  8. Kad imbas nama anak bersaiz besar dan diletakkan di sudut yang mudah dilihat dan dibaca oleh petugas dan murid

  9. Sentiasa bertimbang rasa 

  10. Sentiasa peka dengan perubahan dan maklumkan kepada pasangan atau mereka yang berkaitan dengan urusan ini

  11. Sentiasa memakai separuh pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal

  12. Memakaikan anak dengan tag yang tercatat satu nama Pintu Pagar dan no. telefon untuk dihubungi waktu kecemasan.

  13. Tatacara Pengambilan Murid Di Pintu Pagar D. Van sekolah/kenderaan transit diminta masuk dari jalan surau Al Mukhlisin ke arah pintu D (Jalan 4A/5) dan keluar menerusi Jalan 4A/8. Kemungkinan berlaku kesesakan di situ, pihak sekolah merayu ibu bapa berkenderaan (kereta,motosikal, basikal) tidak menggunakan laluan tersebut. 

  14. Nama Pintu Pagar boleh diubah pada tag ikut keperluan namun pastikan Pintu Pagar tersebut sepadan dengan jenis kenderaan yang telah ditetapkan. 

  15. Jika tiada tag, guru akan ikut Pintu Pagar yang didaftarkan dalam sistem

  16. Pihak sekolah boleh mengubah tempat menunggu anak jika didapati berlaku ketidakpatuhan pada SOP yang ditetapkan.

  17. Jika mengambil anak di tahap satu dan dua. Masa balik mereka adalah berbeza. Dicadangkan agar anda mengambil anak mengikut masa balik anak di tahap dua. Sementara itu anak tahap satu akan duduk di dewan terbuka sehingga murid tahap dua pulang.


Berdasarkan pemerhatian selama lima hari sesi persekolahan 2021 secara bersemuka pada 1 - 5 Mac 2021, terdapat perkara yang perlu dielakkan misalnya apabila ada yang menjemput murid menaiki kereta tetapi berada di pintu pagar C (sebelah kolam). Sepatutnya di Pintu Pagar B. Laluan di kawasan Pintu Pagar C agak sempit dan merupakan jalan pintas bagi murid pejalan kaki untuk pulang ke rumah. Memandu kereta untuk mengambil anak di kawasan ini boleh mengundang ancaman keselamatan kepada mereka selain menimbulkan ketidakselesaan kepada tuan rumah di situ.  Diingatkan bahawa Guru Bertugas tetap akan mendahulukan penunggang motosikal dan basikal terlebih dahulu untuk mengambil anak.


Kepada ibu bapa/penjaga dan murid-murid yang dikasihi

Ingat bahawa ini bukan tugas hakiki guru/pengawal keselamatan/sukarelawan. Atas kesedaran mahu membantu memutuskan rantaian, mereka sanggup berpanas terik melaksanakan tugas ini demi keselamatan anak anda dan negara. Kami sentiasa mengalu-alukan penglibatan anda menjadi sukarelawan. 


Mari kita hayati bersama poem yang indah ini.

How Can You "SM_LE" Without "I" ?

How Can You Be "F_NE" Without "I" ?

How Can You "W_SH" Without "I" ?

How Can You Be "N_CE" Without "I" ?

How Can You Be a "FR_END" Without "I" ?

So "I" Am Very Important!

But How Can I Achieve "S_CCESS" Without "U" ?

How Can I "LA_GH" Without 'U'?

How Can I Take A "C_P" of Tea or Coffee Without "U"?

How Can I Enjoy The "S_NSHINE" Without "U"?

How Can I Have "F_N" Without "U"?

*And That Makes "U" More Important Than "I"!*


Maka sekolah dan ibubapa (U & I) = KITA memerlukan antara satu sama lain untuk sama-sama gembira, sama-sama bekerja dan sama-sama mencapai kejayaan


Sekian.


“Kita Jaga Kita”


Guru Besar

SK  Desa Pinggiran Putra

7 Mac 2021


Thursday, 4 March 2021

MEMO 10: Tatacara Murid Balik Sekolah

MEMO 10: Tatacara Murid Balik Sekolah

Assalamualaikum WBK dan Salam Sejahtera.
Ibu bapa/ penjaga sekalian

Mulai Isnin 8 Mac 2021 van sekolah dan van transit TIDAK LAGI mengambil murid di dalam kawasan sekolah. Murid akan balik melalui 

Pintu pagar B ( hadapan sekolah- untuk kereta ibu bapa dan murid yang menunggang basikal)

Pintu Pagar C ( tepi kolam - untuk menjemput anak menggunakan  motosikal/basikal/pejalan kaki)

Pintu Pagar D ( untuk van sekolah/van transit/kereta transit)

Oleh itu, pihak sekolah memohon tuan puan : 

1. menyediakan tag bertali (lanyard) bertulis lokasi pintu pagar murid untuk balik. Tulis SALAH SATU sahaja pintu pagar,sama ada B/C/D. Tulis juga nombor telefon ibu bapa/penjaga yang boleh dihubungi pada tag nama pagar tersebut.

2. Tag nama pagar tersebut ialah rujukan utama para guru untuk mengumpulkan murid pada waktu balik. Ibu bapa harus memastikan anak memakai tag nama pagar tersebut.

3. Sekiranya tag nama pagar anak ditulis lokasi pintu pagar yang tidak sama dengan pintu pagar ibu bapa menunggu, guru bertugas TIDAK akan memanggil murid tersebut. Ibu bapa perlu bergerak ke pintu pagar di mana murid berada.

4. Jika anak tidak dipakaikan dengan tag nama pagar, guru akan merujuk pada maklumat yang tuan puan isi pada Borang Tinjauan Pengangkutan untuk mengumpulkan murid di pintu pagar.

5. Jika ada perubahan  pintu pagar laluan murid balik, sila ubah pada tag nama pagar murid. 

6. Murid yang menunggang basikal hanya boleh masuk dan keluar dari pintu pagar B sahaja. 

7. Murid yang berjalan kaki boleh memilih sama ada melalui pintu pagar C atau D sahaja :
Jika berjalan kaki sendirian  boleh terus pulang tanpa diumumkan.
Manakala murid yang diiringi ibu bapa berjalan kaki,akan dibacakan namanya mengikut kad imbas yang dibawa oleh ibu bapa.

8. Murid yang diambil menggunakan motosikal dan basikal, nama akan dibacakan di pintu pagar C mengikut kad imbas yang dibawa oleh ibu bapa. 

9. Semua guru dan murid hanya akan keluar dari kelas selepas waktu terakhir (Rujuk jadual anak masing-masing). Murid hanya akan diumumkan nama dan balik selepas guru bertugas berada di tempat bertugas masing-masing. Kemungkinan berlaku kelewatan masa  untuk melepaskan murid bagi memberi ruang kepada guru bersedia setelah selesai mengajar.

10. Ibu bapa perlu memastikan semua individu yang diminta mengambil anak mendapat maklumat yang sama seperti yang disampaikan oleh pihak sekolah dari masa ke masa. Sila panjangkan maklumat ini kepada pihak berkenaan.

Pihak sekolah memohon kerjasama tuan puan untuk sentiasa mematuhi panduan dan arahan yang diberikan oleh pihak sekolah dari masa ke masa.

Sekian, terima kasih.
Guru Besar,
SK. Desa Pinggiran Putra.
4 Mac 2021



Contoh tag nama pagar yang perlu dipakai oleh murid semasa balik sekolah.


Masa Datang dan Masa Balik Murid Persekolahan 2021

 







JADUAL WAKTU BIL 3/2021

 Tarikh kuatkuasa: 8 Mac 2021

































Wednesday, 3 March 2021

Terkini! Makluman Tatacara Waktu Balik mulai 3 Mac 2021

 Assalamualaikum WBK dan salam sejahtera. Makluman penting untuk semua ibu bapa penjaga.


Makluman perubahan lokasi bagi mengambil murid waktu balik.

1. Pintu pagar B ialah laluan murid balik yang diambil oleh kereta/kenderaan ibu bapa/penjaga sendiri sahaja dan murid yang menunggang basikal. Anak-anak dikumpulkan di dewan terbuka sebelum dipanggil. Sila bawa kad imbas nama anak.

2. Pintu pagar C (sebelah kolam) akan dibuka untuk murid yang diambil menggunakan motosikal/ basikal/berjalan kaki. Ibu  bapa/penjaga yang berkenaan diminta mengambil anak di situ. Murid akan dikumpulkan di kantin. Sila bawa kad imbas nama anak.

3. Van sekolah/van transit masih menunggu murid di dalam  kawasan sekolah (kantin).Tuliskan nama transit anak pada kad nama anak/kertas  supaya murid tidak lupa nama pengangkutan.

Semua pintu pagar akan ditutup pada 1.45 petang. Selepas waktu itu, semua murid akan dikumpulkan di dewan terbuka. Ibu bapa/penjaga ambil anak di dewan terbuka dengan masuk mengikut prosedur pelawat.

Terima kasih kami ucapkan atas kerjasama semua ibu bapa/penjaga yang mengikuti  ketetapan  sekolah sepanjang dua hari  persekolahan ini. Syabas dan tahniah kami ucapkan.  


Kami berharap semua ibu bapa/penjaga dan warga SEDERAP dapat terus berganding bahu untuk melancarkan lagi perjalanan anak-anak pada waktu datang dan waktu pulang.


Guru Besar

SK. Desa Pinggiran Putra

2 Mac 2021



Pelan pergerakan mengambil murid mulai 3 Mac 2021

Lorong kecil bersebelahan antara sekolah dan kolam DPP; laluan untuk ibu bapa yang mengambil anak dengan motosikal dan berjalan kaki.

Pintu pagar C juga boleh diakses melalui Jalan Pinggiran Putra 4A/18




 Pagar C





Monday, 1 March 2021

Pembukaan Sekolah Sek. Keb. Desa Pinggiran Putra sesi 2021. Selamat Kembali ke Sekolah!

 Selamat kembali ke sekolah secara bersemuka buat semua murid dan warga Sekolah Kebangsaan Desa Pinggiran Putra (SEDERAP). Sesi pembukaan sekolah kali pertama 2021 ini melibatkan murid-murid tahun satu, tahun dua, prasekolah dan semua murid Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI). Dalam sesi pembukaan sekolah ini, SEDERAP telah dikunjungi oleh Puan Zalifah binti Reduan , Pegawai PPD Unit Pendidikan Khas PPD Sepang.

    Pintu pagar sekolah mula dibuka untuk semua murid bermula jam 7.00 pagi. Murid-murid tahun satu  dengan iringan guru-guru bertugas  dibawa ke kelas masing-masing. Bertemakan warna hijau dan nama-nama pokok  iaitu cengal, jati, merbau, nyatoh dan resak untuk nama kelas, mudah-mudahan anak-anak tahun satu bagi sesi 2021 ini dapat melangkah dengan tenang dan mengikuti sesi pembelajaran secara bersemuka dengan baik. Tak ketinggalan juga buat murid tahun 1 PPKI dan murid-murid prasekolah, selamat belajar dan selamat maju jaya.

    Kumpulan guru bertugas pada minggu pertama ini terdiri daripada 14 orang guru seperti yang berikut:

1. ATIRAH BINTI MUSTAFA (K)

2.SASHI KUMAR A/L VARATHARAJOO

3.NURUL HIDAYAH BT. WAHID @ AB WAHID

4.NOOR HAYATI BINTI MISWAN

5.ZUHAILA BINTI HAMID

6.ILI SYAHIRAH BT ABD GHANI

7.SITI ROHANI BINTI MAT LAZIM

8.POH EE CHIUN

9.SYAHRIHA BINTI RAMAN

10.MOHD FAIZUL BIN ZAKARIA

11.SITI  NORHIDAYAH BINTI AZMEE

12.NIK ASMAH BT RUMAN

13.SYAJARATUDDUR BINTI MAHAMOD

14.SITI SUHAIDA BT SANIMAN


Murid PPKI melangkah masuk ke sekolah

Lawatan Puan Zalifah binti Reduan, Pegawai PPD Sepang.

Suasana di dalam kelas prasekolah.



Murid diiringi ke kelas oleh guru bertugas dan disambut oleh guru kelas.

Guru bertugas mengawasi dan mengiringi murid tahun 1 dan 2 ke kelas


Wajah-wajah ceria murid tahun satu


Suasana murid sebelum masuk ke dalam pintu pagar sekolah

Terima kasih Puan Fatimah binti Ismail@ Mak Ngah wakil PIBG yang membantu 
urusan mengambil suhu
Tuan Guru Besar , Encik Sukimin bin Juki menyambut kehadiran murid-murid SEDERAP