Sunday, 7 March 2021

Memo 11: Penyuraian Murid Waktu Balik Sekolah

 Memo 11: Penyuraian Murid Waktu Balik Sekolah


ANDA CERMAT, ANAK SELAMAT!


Assalamualaikum WBK dan Salam Sejahtera


Berdasarkan data yang diperolehi dari borang soal selidik, pihak sekolah sebaik mungkin mengatur aliran penyuraian murid agar dapat meminimumkan kesesakan dan menggelakkan berlakunya 3S (3C) di kalangan murid mahupun ibu/bapa/penjaga.

  • Sesak (Crowded)

  • Sempit (Confined)

  • Sembang rapat-rapat (Closed conversation)


Mulai esok, 8 Mac 2021 apabila semua murid prasekolah hingga Tahun 6 yang jumlahnya 1000 murid, pihak sekolah amat berharap agar murid  dapat disuraikan dalam keadaan teratur dan selamat. Mulai esok juga Pintu Pagar D (berada di Jalan 4A/5, di antara sekolah dan Surau Al Mukhlisin) mula dibuka. Pintu pagar D dikhususkan untuk van sekolah/kenderaan transit dan murid pejalan kaki sendiri/diiringi ibu bapa/penjaga.

Sehubungan itu dipohon agar kita semua dapat sama-sama bekerja untuk memutuskan rantaian COVID-19 dengan mematuhi perkara yang berikut:

  1. Mematuhi menunggu di lokasi (pintu pagar) yang ditetapkan sama ada B, C atau D.

  2. Ikut laluan sehala yang ditetapkan. Di Pintu Pagar B datang dari arah Restoran Fenomena menuju ke Gelanggang Futsal. Pintu Pagar D, rujuk no 13.

  3. Mengelakkan pelengahan, penghalangan dan pertelagahan

  4. Sentiasa saling menghormati dan bertimbang rasa

  5. Sikap sabar dan bertoleransi amat penting

  6. Sentiasa awas apabila memandu dalam kawasan pengambilan murid (murid melintas)

  7. Mematuhi arahan petugas guru/pengawal keselamatan/sukarelawan

  8. Kad imbas nama anak bersaiz besar dan diletakkan di sudut yang mudah dilihat dan dibaca oleh petugas dan murid

  9. Sentiasa bertimbang rasa 

  10. Sentiasa peka dengan perubahan dan maklumkan kepada pasangan atau mereka yang berkaitan dengan urusan ini

  11. Sentiasa memakai separuh pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal

  12. Memakaikan anak dengan tag yang tercatat satu nama Pintu Pagar dan no. telefon untuk dihubungi waktu kecemasan.

  13. Tatacara Pengambilan Murid Di Pintu Pagar D. Van sekolah/kenderaan transit diminta masuk dari jalan surau Al Mukhlisin ke arah pintu D (Jalan 4A/5) dan keluar menerusi Jalan 4A/8. Kemungkinan berlaku kesesakan di situ, pihak sekolah merayu ibu bapa berkenderaan (kereta,motosikal, basikal) tidak menggunakan laluan tersebut. 

  14. Nama Pintu Pagar boleh diubah pada tag ikut keperluan namun pastikan Pintu Pagar tersebut sepadan dengan jenis kenderaan yang telah ditetapkan. 

  15. Jika tiada tag, guru akan ikut Pintu Pagar yang didaftarkan dalam sistem

  16. Pihak sekolah boleh mengubah tempat menunggu anak jika didapati berlaku ketidakpatuhan pada SOP yang ditetapkan.

  17. Jika mengambil anak di tahap satu dan dua. Masa balik mereka adalah berbeza. Dicadangkan agar anda mengambil anak mengikut masa balik anak di tahap dua. Sementara itu anak tahap satu akan duduk di dewan terbuka sehingga murid tahap dua pulang.


Berdasarkan pemerhatian selama lima hari sesi persekolahan 2021 secara bersemuka pada 1 - 5 Mac 2021, terdapat perkara yang perlu dielakkan misalnya apabila ada yang menjemput murid menaiki kereta tetapi berada di pintu pagar C (sebelah kolam). Sepatutnya di Pintu Pagar B. Laluan di kawasan Pintu Pagar C agak sempit dan merupakan jalan pintas bagi murid pejalan kaki untuk pulang ke rumah. Memandu kereta untuk mengambil anak di kawasan ini boleh mengundang ancaman keselamatan kepada mereka selain menimbulkan ketidakselesaan kepada tuan rumah di situ.  Diingatkan bahawa Guru Bertugas tetap akan mendahulukan penunggang motosikal dan basikal terlebih dahulu untuk mengambil anak.


Kepada ibu bapa/penjaga dan murid-murid yang dikasihi

Ingat bahawa ini bukan tugas hakiki guru/pengawal keselamatan/sukarelawan. Atas kesedaran mahu membantu memutuskan rantaian, mereka sanggup berpanas terik melaksanakan tugas ini demi keselamatan anak anda dan negara. Kami sentiasa mengalu-alukan penglibatan anda menjadi sukarelawan. 


Mari kita hayati bersama poem yang indah ini.

How Can You "SM_LE" Without "I" ?

How Can You Be "F_NE" Without "I" ?

How Can You "W_SH" Without "I" ?

How Can You Be "N_CE" Without "I" ?

How Can You Be a "FR_END" Without "I" ?

So "I" Am Very Important!

But How Can I Achieve "S_CCESS" Without "U" ?

How Can I "LA_GH" Without 'U'?

How Can I Take A "C_P" of Tea or Coffee Without "U"?

How Can I Enjoy The "S_NSHINE" Without "U"?

How Can I Have "F_N" Without "U"?

*And That Makes "U" More Important Than "I"!*


Maka sekolah dan ibubapa (U & I) = KITA memerlukan antara satu sama lain untuk sama-sama gembira, sama-sama bekerja dan sama-sama mencapai kejayaan


Sekian.


“Kita Jaga Kita”


Guru Besar

SK  Desa Pinggiran Putra

7 Mac 2021


No comments:

Post a Comment