MEMO 10: Tatacara Murid Balik Sekolah
Assalamualaikum WBK dan Salam Sejahtera.
Ibu bapa/ penjaga sekalian
Mulai Isnin 8 Mac 2021 van sekolah dan van transit TIDAK LAGI mengambil murid di dalam kawasan sekolah. Murid akan balik melalui
Pintu pagar B ( hadapan sekolah- untuk kereta ibu bapa dan murid yang menunggang basikal)
Pintu Pagar C ( tepi kolam - untuk menjemput anak menggunakan motosikal/basikal/pejalan kaki)
Pintu Pagar D ( untuk van sekolah/van transit/kereta transit)
Oleh itu, pihak sekolah memohon tuan puan :
1. menyediakan tag bertali (lanyard) bertulis lokasi pintu pagar murid untuk balik. Tulis SALAH SATU sahaja pintu pagar,sama ada B/C/D. Tulis juga nombor telefon ibu bapa/penjaga yang boleh dihubungi pada tag nama pagar tersebut.
2. Tag nama pagar tersebut ialah rujukan utama para guru untuk mengumpulkan murid pada waktu balik. Ibu bapa harus memastikan anak memakai tag nama pagar tersebut.
3. Sekiranya tag nama pagar anak ditulis lokasi pintu pagar yang tidak sama dengan pintu pagar ibu bapa menunggu, guru bertugas TIDAK akan memanggil murid tersebut. Ibu bapa perlu bergerak ke pintu pagar di mana murid berada.
4. Jika anak tidak dipakaikan dengan tag nama pagar, guru akan merujuk pada maklumat yang tuan puan isi pada Borang Tinjauan Pengangkutan untuk mengumpulkan murid di pintu pagar.
5. Jika ada perubahan pintu pagar laluan murid balik, sila ubah pada tag nama pagar murid.
6. Murid yang menunggang basikal hanya boleh masuk dan keluar dari pintu pagar B sahaja.
7. Murid yang berjalan kaki boleh memilih sama ada melalui pintu pagar C atau D sahaja :
Jika berjalan kaki sendirian boleh terus pulang tanpa diumumkan.
Manakala murid yang diiringi ibu bapa berjalan kaki,akan dibacakan namanya mengikut kad imbas yang dibawa oleh ibu bapa.
8. Murid yang diambil menggunakan motosikal dan basikal, nama akan dibacakan di pintu pagar C mengikut kad imbas yang dibawa oleh ibu bapa.
9. Semua guru dan murid hanya akan keluar dari kelas selepas waktu terakhir (Rujuk jadual anak masing-masing). Murid hanya akan diumumkan nama dan balik selepas guru bertugas berada di tempat bertugas masing-masing. Kemungkinan berlaku kelewatan masa untuk melepaskan murid bagi memberi ruang kepada guru bersedia setelah selesai mengajar.
10. Ibu bapa perlu memastikan semua individu yang diminta mengambil anak mendapat maklumat yang sama seperti yang disampaikan oleh pihak sekolah dari masa ke masa. Sila panjangkan maklumat ini kepada pihak berkenaan.
Pihak sekolah memohon kerjasama tuan puan untuk sentiasa mematuhi panduan dan arahan yang diberikan oleh pihak sekolah dari masa ke masa.
Sekian, terima kasih.
Guru Besar,
SK. Desa Pinggiran Putra.
4 Mac 2021
Contoh tag nama pagar yang perlu dipakai oleh murid semasa balik sekolah.
No comments:
Post a Comment