Monday, 20 February 2017

HARI KANTIN SK DESA PINGGIRAN PUTRA

Buat julung kalinya Sekolah Kebangsaan Desa Pinggiran Putra akan mengadakan Hari Kantin pada:

Tarikh      : 25 Februari 2017
Hari          : Sabtu
Masa        : 08.00 pagi-04.00 petang
Tempat     : Sekolah Kebangsaan Desa Pinggiran Putra

 Berbagai jualan disediakan;
* Gerai makanan ringan
      -  aneka jenis kerepek dan kekacang
* Gerai Makanan Bergoreng
      - Aneka jenis kuih dll
* Gerai Makanan Berat
      - Aneka jenis mi goreng, Bihun goreng dan sebagainya
      - Nasi lemak
      - Nasi campur
* Gerai Desert
      - Muffin, kek, Pizza dll
* Gerai Buah-Buahan
* Gerai minuman
* Gerai Aiskrim

GERAI PELBAGAI
1. Tayangan Filem Upin & Ipin
2. Karaoke
3. Permintaan Lagu
4. Rumah Hantu
5. Jualan pokok bunga
6. Aktiviti bersama Bomba
7. Menunggang Kuda
8. Photoshoot

                 Berbagai acara disediakan untuk murid-murid sekolah, ibu bapa dan orang ramai

Masa
Aktiviti
09.30 pagi-10.30 pagi
Pertandingan Mewarna
Murid-murid PRA hingga Tahun 3
Pertandingan melukis
(Murid Tahun 4-6)

11.00 pagi-1200 tgh
Pertandingan makan buah
Kumpulan murid
Kumpulan guru dan AJK
Kumpulan ibu
Kumpulan bapa

11.00 -12.00 tgh
Pertandingan Fruit Puzzle

12.00-01.30 petang
Pertandingan Kerusi Berirama
Kumpulan murid
Kumpulan guru dan AJK
Kumpulan ibu
Kumpulan bapa

02.00 -03.00 petang
Pertandingan Treasure Hunt

02.00 -03.00 petang
Pertandingan Bayi comel

Sepanjang masa
Kuiz FAMA


                                     HADIAH CABUTAN BERTUAH MENANTI ANDA



                         
                                JOM BERAMAI-RAMAI MAIN GELUNGSUR AIR





ORANG RAMAI DIJEMPUT HADIR BAGI MEMERIAHKAN HARI KANTIN.

MEMBELI SAMBIL MENDERMA


Monday, 13 February 2017

PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 7

Tarikh : 13 Febuari 2017
Masa : 7.40-8.10 Pagi
Hari : Isnin

Guru Bertugas
1) PN. NOOR ASIAH BINTI MOHD YUSOF
2) TN HJ. ZULHILMI BIN NAWAWI
3) PN. NORAIDA BINTI ABD AZIZ
4) CIK NIK ASMAH BINTI RUMAN
5) PN. FAUZAN BINTI MUHAMMAD

Pengacara Majlis : Pn. Noor Asiah binti Mohd Yusof
Pembaca Doa : Amirul Hakim
Pembaca Ikrar : Zarif Hashimi.

Laporan guru bertugas minggu lepas

Pn. Sabariah

- Adab murid semasa sambut tetamu. Terdapat murid yang panjat lori Milo. Perkara berikut tidak seharusnya berlaku dan memalukan pihak sekolah.
-Kebersihan terutama dalam kelas, PSS dan kantin. Sampah buang dalam tong sampah yang disediakan dan susun buku di rak.

Pengumuman keceriaan kelas

Tahap 1

1. 3 Jaguar 71%
2. 3 Puma 64%
3. 1 Kenyalang 52%

Tahap 2

1. 6 Exora 65%
2. 4 Anggerik 55%
3. 5 Alza 54%

Ucapan Pentadbir ( En. Sukimin bin Juki)

- Ucapan alu- aluan kehadiran murid di sekolah.
- Guru perlu mengawasi ketika murid beratur untuk ke tempat lori Milo untuk mengelakkan dari kejadian yang tidak diingini.
-Hari kantin akan diadakan pada 25.2.2017 ( sabtu). kerjasama antara PIBG dan pihak sekolah. Terdapat pelbagai jualan dan pembelian barang adalah dengan menggunakan kupon. Terdapat juga cabutan bertuah. Pada tersebut juga sebagai hari menyumbang dana pada sekolahn dan PIBG
-Pada 12/3/2017 ( Ahad) akan diadakan Mesyuarat Agong PIBG dengan  dihadiri  oleh Tan Sri Noh Omar. Ibubapa dijemput hadir.









Wednesday, 8 February 2017

PELAPORAN AKTIVITI MINGGU KOKURIKULUM

                                LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN KOKURIKULUM
Tarikh                    : 08  Feb  2017
Hari                        : Rabu
Masa                      : 2.30-3.30 petang
Perjumpaan           : Kelab dan  Persatuan Bil 03/2017

BIL
UNIT KOKO
TEMPAT
AKTIVITI
KEHADIRAN
Guru
Murid
1
Bahasa Melayu
Tahun 1
Aktiviti:
Mini pertandingan sahiba

6/6
35/35
2
Bahasa Inggeris

Aktiviti:
             Scavenger Hunt
3/5
22/24
3
Agama Islam
Surau
Aktiviti:
Smart Khat

4/6
30/31
4
Sains & Rekacipta
Makmal Sains
Aktiviti:
Simulasi letusan gunung berapi

3/4
27/27
5
Doktor Muda
Lobi
              Aktiviti
              Nota BMI dan Penjagaan  
              Mata

5/5
40/42
6
Komputer
Makmal Komputer
Aktiviti
Pengenalan Asas Komputer dan pencarian dalam talian

5/5
34/34
7
SPBT
Bilik BOSS
Aktiviti:
Menghasilkan  poster kulit buku

3/3
22/23
8.
Robotik
Bilik Gerbang Minda
Aktiviti
Pengenalan EV3
2/2
08/08

Jumlah Kehadiran                            : 218      
Jumlah Kehadiran Sepatutnya         : 224      
Peratus Kehadiran                           : 97.7 /98%         

RUMUSAN
Aktiviti Mingguan Kokurikulum telah dilaksanakan mengikut perancangan. Aktiviti dapat dilaksanakan dengan baik dan semua murid memberikan komitmen. Peratus kehadiran  masih 98%
Perlu diingat kehadiran untuk aktiviti kokurikulum adalah wajib.  Kehadiran akan dicatatkan dan dimasukkan ke dalam pelaporan PAJSK yang mana ia akan mempengaruhi markah kokurikulum pada Tahun 6 kelak.


Disediakan oleh   
Salmah Ismail
PK Kokurikulum       

                                                          LAPORAN BERGAMBAR






                                                                                        
                                          LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN KOKURIKULUM
Tarikh                     : 08 Feb 2017
Hari                        : Rabu
Masa                      : 3.30-4.30 petang
Perjumpaan           : Sukan dan Permainan  Bil 03/2017

BIL
UNIT KOKO
TEMPAT
AKTIVITI
KEHADIRAN
Guru
Murid
1
Bola Baling
Dataran Terbuka

Asas balingan bola


2/6
28/31
2
Bola Jaring
Dataran Terbuka
Lontaran Paras Dada

8/8
36/36
3
Badminton
Dewan & Dataran Terbuka

Mesyuarat Agung
Pemilihan J/Kuasa

7/7
50/54
4
Ping Pong
Bilik Koko

Menimbang bola

3/6
21/22
5
Bola Sepak
Padang bola

Tendangan asas

3/4
55/56
6
Sepak Takraw
Gelanggang Takraw
Mesyuarat Agung
Latihan MSSD

2/2
08/08
7
Catur
surau
Pengenalan kepada pergerakan buah catur
1/2
20/22

Jumlah Kehadiran                            :               218
Jumlah Kehadiran Sepatutnya         :               224        
Peratus Kehadiran                           :               97.7 /98%

RUMUSAN
Aktiviti Sukan Permainan dapat dilaksanakan dengan baik. Bagi permainan badminton didapati sebahagian murid tidak membawa raket. Murid-murid ramai yang duduk memerhati rakan yang lain bermain. Diharapkan pada aktiviti mingguan kokurikulum yang akan datang diharapkan semua murid mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum yang dijalankan.

Pencatat

Salmah binti Ismail
       Sal
PK Kokurikulum

   
                                                              LAPORAN BERGAMBAR

         
LAPORAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH, PELANCARAN PENUBUHAN KELAB PENCEGAH JENAYAH DAN PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN KECIL SEDERAP. 

         Pada 6 Februari 2017, Isnin Sekolah Kebangsaan Desa Pinggiran Putra telah mengadakan Program Jom ke Sekolah, Pelancaran Penubuhan Kelab Pencegah Jenayah dan Penyampaian Watikah Pelantikan Pemimpin Kecil sekolah. Program ini bertempat di tapak perhimpunan sekolah bermula pukul 7.40 pagi hingga 8.40 pagi. 

         Majlis dimulakan dengan perhimpunan rasmi diikuti bacaan Perutusan Ketua Polis Negara oleh Lans Koperal Muhammad Khairul Anuar bin Zailani, pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) IPD Sepang, bacaan Perutusan Menteri Pendidikan Malaysia oleh En. Sukimin bin Juki, Guru Besar SK Desa Pinggiran Putra dan ucapan perasmian Watikah Pelantikan Pemimpin Kecil oleh , Encik Mohd Rosli bin Badri, Penyelia Sekolah Rendah (murid) PPD Sepang. 

         Seterusnya, Program Jom ke Sekolah, Pelancaran Peti Aduan Murid dan Pelancaran Penubuhan Kelab Pencegah Jenayah telah dirasmikan oleh Lans Kopral Muhammad Khairul Anuar  bin Zailani, Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS), IPD Sepang. En Sukimin bin Juki, Guru besar sekolah telah menerima borang aduan daripada murid bagi merasmikan peti aduan murid. 

         Majlis diteruskan dengan gimik pelancaran Penyampaian Watikah Pelantikan Pemimpin Kecil SEDERAP diikuti dengan penyampaian watikah pelantikan pemimpin kecil sekolah oleh En. Mohd Rosli b. Badri, Penyelia Sekolah Rendah (Murid) PPD Sepang.
Muhammad Amirul HAkim b. Zamri telah dilantik sebagai Ketua Pengawas sekolah manakala Ummi Athirah bt Abdul Hadi telah dilantik sebagan Penolong Ketua Pengawas sekolah. Bagi Pengawas Pusat Sumber, Afrina Fatini bt Mohd Norizam telah dilantik sebagai Ketua Pengawas Pusat Sumber dan Nur Hanis Fatihah binti Mohamad Hazril selaku Penolong Ketua Pengawas Pusat Sumber sekolah. Irwan Haikan b. Irdihamzah telah dilantik sebagai Ketua Pembimbing Rakan Sebaya manakala Nurin Najeha bt Rohaidi dilantik sebagai Penolong Ketua Pembimbing Rakan Sebaya. Majlis diakhiri dengan bacaan Ikrar pemimpin kecil dan sesi bergambar.