Wednesday, 8 February 2017

LAPORAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH, PELANCARAN PENUBUHAN KELAB PENCEGAH JENAYAH DAN PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN KECIL SEDERAP. 

         Pada 6 Februari 2017, Isnin Sekolah Kebangsaan Desa Pinggiran Putra telah mengadakan Program Jom ke Sekolah, Pelancaran Penubuhan Kelab Pencegah Jenayah dan Penyampaian Watikah Pelantikan Pemimpin Kecil sekolah. Program ini bertempat di tapak perhimpunan sekolah bermula pukul 7.40 pagi hingga 8.40 pagi. 

         Majlis dimulakan dengan perhimpunan rasmi diikuti bacaan Perutusan Ketua Polis Negara oleh Lans Koperal Muhammad Khairul Anuar bin Zailani, pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) IPD Sepang, bacaan Perutusan Menteri Pendidikan Malaysia oleh En. Sukimin bin Juki, Guru Besar SK Desa Pinggiran Putra dan ucapan perasmian Watikah Pelantikan Pemimpin Kecil oleh , Encik Mohd Rosli bin Badri, Penyelia Sekolah Rendah (murid) PPD Sepang. 

         Seterusnya, Program Jom ke Sekolah, Pelancaran Peti Aduan Murid dan Pelancaran Penubuhan Kelab Pencegah Jenayah telah dirasmikan oleh Lans Kopral Muhammad Khairul Anuar  bin Zailani, Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS), IPD Sepang. En Sukimin bin Juki, Guru besar sekolah telah menerima borang aduan daripada murid bagi merasmikan peti aduan murid. 

         Majlis diteruskan dengan gimik pelancaran Penyampaian Watikah Pelantikan Pemimpin Kecil SEDERAP diikuti dengan penyampaian watikah pelantikan pemimpin kecil sekolah oleh En. Mohd Rosli b. Badri, Penyelia Sekolah Rendah (Murid) PPD Sepang.
Muhammad Amirul HAkim b. Zamri telah dilantik sebagai Ketua Pengawas sekolah manakala Ummi Athirah bt Abdul Hadi telah dilantik sebagan Penolong Ketua Pengawas sekolah. Bagi Pengawas Pusat Sumber, Afrina Fatini bt Mohd Norizam telah dilantik sebagai Ketua Pengawas Pusat Sumber dan Nur Hanis Fatihah binti Mohamad Hazril selaku Penolong Ketua Pengawas Pusat Sumber sekolah. Irwan Haikan b. Irdihamzah telah dilantik sebagai Ketua Pembimbing Rakan Sebaya manakala Nurin Najeha bt Rohaidi dilantik sebagai Penolong Ketua Pembimbing Rakan Sebaya. Majlis diakhiri dengan bacaan Ikrar pemimpin kecil dan sesi bergambar.











No comments:

Post a Comment