Showing posts with label Program Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Program Sekolah. Show all posts

Thursday, 1 February 2018

Majlis Permuafakatan dan Penetapan Target UPSR Tahun 6

Semua Ibu Bapa/Penjaga Murid Tahun 6
Majlis tersebut akan dijalankan mengikut ketetapan berikut:  

Tarikh : 10 Februari 2018 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi (Pendaftaran)
Tempat: Dewan Ibnu Sina SEDERAP

Sehubungan dengan itu, tuan/puan dijemput hadir untuk membincangkan program peningkatan kecemerlangan UPSR 2018.
Agenda:
  1. Ucapan aluan
  2. Bacaan doa
  3. Ucapan Guru Besar 
  4. Ucapan YDP PIBG
  5. Ceramah Motivasi oleh Ustaz Affandi bin Yahaya
  6. Penetapan Target, Pembentangan & Penetapan Sumbangan Program Peningkatan Kecemerlangan UPSR
  7. Sesi soal jawab

Monday, 20 November 2017

Hari Anugerah Kecemerlangan

Sukacita dimaklumkan majlis akan diadakan seperti ketetapan di atas mulai jam 7.30 pagi hingga 1.30 petang.  Kehadiran murid dan ibu bapa penerima anugerah amat dihargai ke majlis tersebut.  Kerjasama tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sunday, 5 March 2017

HARI KANTIN 2017

Tarikh   :       25 Februari 2017
Hari      :        Sabtu
Masa    :        08.00 pagi - 04.00 petang
Tempat :        SK Desa Pingiran Putra

Buat julung kalinya Sekolah Kebangsaan Desa Pinggiran Putra dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa (PIBG) telah berjaya mengadakan Hari Kantin pada 25 Februari 2017. Program ini telah mendapat sokongan padu dari Persatuan Penduduk Fasa 1 Taman Desa Pinggiran Putra yang telah menyumbangkan khemah dan dibantu oleh Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) sekolah,FAMA Selangor dan ADUN Dengkil.
Ia merupakan satu program yang berjaya menggabungkan sekolah, komuniti dan agensi luar. Di samping mencari dana PIBG, program ini berjaya memupuk kerjasama dan saling bantu membantu antara satu sama lain.




Sebelum hari kantin dilaksanakan pelbagai persiapan dibuat. Ibu bapa memberi sumbangan bahan melalui Kumpulan Sokongan Ibu Bapa melalui kelas anak masing-masing. Sumbangan-sumbangan terus dicari samada dari kilang-kilang atau agensi swasta. Pihak Floria Putrajaya telah menyumbang pokok-pokok bunga, Persatuan Penduduk Fasa 1 Taman Desa Pinggiran Putra telah menyumbangkan enam buah khemah dan tenaga bantu serta kerjasama dari DOMINOS. Terima kasih tidak terhingga kepada FAMA Selayang yang telah menjadi penaja utama dengan bertemakan makan buah-buahan tempatan. Ini adalah satu perkara yang amat membanggakan kerana di samping menyumbang buah-buahan sebanyak 600 `cup`, pihak FAMA juga telah mengadakan beberapa aktiviti dan permainan sepanjang hari kantin ini.


Sepakat membawa Berkat
En Johan (PIBG), En Rosli (PPD), En Sukimin (SKDPP) En Mustafa (FAMA), Pn. Aaida (FAMA)

Gimik Pelancaran Memotong Buah Tembikai
 disempurkan oleh En Rosli bin Badri
Penolong Pegawai PPD dan juga Pegawai SERANTA SKDPP

Program Hari Kantin juga mendapat kerjasama daripada Pasukan Bomba Putrajaya yang telah memberi peluang orang ramai mengenali lebih dekat lagi tugas sebagai seorang anggota bomba. Di samping berpeluang menaiki lori bomba, orang rami juga berpeluang mengabdikan kenangan dengan bergambar di sisi motorsikal bomba.

Tidak ketinggalan juga penglibatan dari Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang. yang mengadakan pameran yang berkaitan dengan narkotik. Orang ramai berluang mendapat pengetahuan melalui pameran yang disediakan dan temu bual dengan anggota polis.



                                           SEKITAR PELAKSANAAN HARI KANTIN





Jualan Gerai makanan dan minuman


Permainan Kerusi Berirama

Gerai Minuman turut dibantu oleh Persatuan Penduduk

Hadiah kemuncak hari kantin - 3 buah basikal sumbangan ADUN Dengkil (Tuan Shahrum bin Mohd Shariff)
                                    



Bila tirai dilabuhkan pada jam 4.00 petang, maka tamatlah hari kantin SEDERAP 2017. Walaupun julung kali diadakan, aktiviti ini telah mampu menarik perhatian bukan sahaja komuniti setempat bahkan orang luar. Begitu juga kepada FAMA yang  memberi sepenuh kepercayaan untuk sama-sama melaksanakan hari kantin ini. Gabungan agensi kerajaan dan swasta serta persatuan penduduk dalam menjayakan hari kantin telah berjaya mencipta sejarah sekolah. Walaupun baru bertatih namun bukan alasan untuk mencuba. Terima kasih buat semua

Disediakan oleh
Salmah binti Ismail
Penolong Kanan Kokurikulum
SK Desa Pinggiran Putra

Monday, 20 February 2017

HARI KANTIN SK DESA PINGGIRAN PUTRA

Buat julung kalinya Sekolah Kebangsaan Desa Pinggiran Putra akan mengadakan Hari Kantin pada:

Tarikh      : 25 Februari 2017
Hari          : Sabtu
Masa        : 08.00 pagi-04.00 petang
Tempat     : Sekolah Kebangsaan Desa Pinggiran Putra

 Berbagai jualan disediakan;
* Gerai makanan ringan
      -  aneka jenis kerepek dan kekacang
* Gerai Makanan Bergoreng
      - Aneka jenis kuih dll
* Gerai Makanan Berat
      - Aneka jenis mi goreng, Bihun goreng dan sebagainya
      - Nasi lemak
      - Nasi campur
* Gerai Desert
      - Muffin, kek, Pizza dll
* Gerai Buah-Buahan
* Gerai minuman
* Gerai Aiskrim

GERAI PELBAGAI
1. Tayangan Filem Upin & Ipin
2. Karaoke
3. Permintaan Lagu
4. Rumah Hantu
5. Jualan pokok bunga
6. Aktiviti bersama Bomba
7. Menunggang Kuda
8. Photoshoot

                 Berbagai acara disediakan untuk murid-murid sekolah, ibu bapa dan orang ramai

Masa
Aktiviti
09.30 pagi-10.30 pagi
Pertandingan Mewarna
Murid-murid PRA hingga Tahun 3
Pertandingan melukis
(Murid Tahun 4-6)

11.00 pagi-1200 tgh
Pertandingan makan buah
Kumpulan murid
Kumpulan guru dan AJK
Kumpulan ibu
Kumpulan bapa

11.00 -12.00 tgh
Pertandingan Fruit Puzzle

12.00-01.30 petang
Pertandingan Kerusi Berirama
Kumpulan murid
Kumpulan guru dan AJK
Kumpulan ibu
Kumpulan bapa

02.00 -03.00 petang
Pertandingan Treasure Hunt

02.00 -03.00 petang
Pertandingan Bayi comel

Sepanjang masa
Kuiz FAMA


                                     HADIAH CABUTAN BERTUAH MENANTI ANDA



                         
                                JOM BERAMAI-RAMAI MAIN GELUNGSUR AIR





ORANG RAMAI DIJEMPUT HADIR BAGI MEMERIAHKAN HARI KANTIN.

MEMBELI SAMBIL MENDERMA


Friday, 1 April 2016

PELANCARAN PROGRAM THE CHAMPION 6A

Pada hari Isnin, 28 Mac 2016 yang lalu, Unit Bimbingan dan Kaunseling bersama-sama dengan Jawatankuasa kecemerlangan Tahun 6 telah mengadakan pelancaran program The Champion.  Pelancaran tersebut telah dirasmikan oleh Puan Maznah bt Mohd Noor, Penolong Kanan SK Desa Pinggiran Putra sebagai wakil Guru Besar iaitu Encik Sukimin bin Juki.  Berikut dikongsikan gambar-gambar semasa majlis pelancaran program the champion dijalankan.






Gimik pelancaran program the champion



Ucapan perasmian oleh Penolong Kanan

Ucapan penyelaras program the champion

Kata-kata aluan Pengerusi Majlis

Thursday, 4 February 2016

PROGRAM MOTIVASI PERSEDIAAN AWAL UPSR 2016

Pada 2 Februari 2016, hari Selasa yang lalu, Unit Bimbingan dan Kaunseling bersama-sama dengan Jawatankuasa Kecemerlangan Tahun 6 telah melaksanakan ceramah motivasi persediaan awal  kepada semua murid Tahun 6 yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR 2016. Antara aktiviti dan pengisian ceramah tersebut adalah:
  • Murid dikehendaki membuat 6 petak.  Setiap murid mesti menyenarai impian mereka ke dalam kotak yang dibuat.  Contoh kotak pertama, target 5A, kotak kedua ingin mendapat A dalam matematik dan impian-impian yang lain memenuhi kotak tersebut.  Murid hendaklah menampal kertas impian mereka supaya sentiasa dilihat oleh dirinya dan ahli rumah yang lain.
  • Untuk menjadi orang yang cemerlang perlu amalkan 7S iaitu score, skill, strategy, spirit (big why/support), space, speed dan spiritual.
  1. Score:Perlu tentukan score atau target yang ingin dicapai. Misalnya Matematik A, Bahasa Malaysia A, Sains A dan berikan target untuk subjek yang lain.  Beri tumpuan pada subjek yang lemah tetapi jangan abaikan pada subjek yang boleh buat.
  2. Skill:Perlu ada kemahiran untuk berjaya.Contoh belajar kemahiran menghafal formula Matematik, menghafal sifir dan sebagainya.
  3. Strategy:Perlu mengatur perancangan dan strategi untuk berjaya.Contoh membuat jadual belajar, belajar secara berkumpulan, sentiasa berjumpa dengan guru jika ada subjek yang tidak faham.
  4. Spirit (big why/support):Tidak boleh membanding-bandingkan diri dengan orang lain.  Kenali potensi diri. Perlu mendapat sokongan dari ibu bapa.  Ibu bapa dilarang membanding-bandingkan anak.
  5. Space:Perlu bijak mengatur masa.Gunakan masa yang ada untuk mengejar impian dan matlamat.
  6. Speed:Tidak perlu menunggu orang lain memberi arahan untuk kita belajar. Murid perlu pantas untuk merancang strategi bagi mencapai impian.
  7. Spiritual:Perlu jaga hubungan dengan Allah dan perlu jaga hubungan dengan manusia supaya segala urusan kita dipermudahkan.
Berikut adalah gambar-gambar sepanjang program dijalankan:

Ucapan aluan dari penyelaras program
Sesi ceramah motivasi bermula
Ceramah motivasi
Antara aktiviti yang dijalankan
Antara aktiviti yang dijalankan




Antara aktiviti yang dijalankan
Penyerahan buku motivasi kepada Guru Besar







Wednesday, 3 February 2016

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS, PENGAWAS PUSAT SUMBER,PEMBIMBING RAKAN SEBAYA,KETUA/PENOLONG KELAS

Pada 1 Februari 2016, hari Isnin yang lalu, Unit Disiplin bersama-sama dengan Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan majlis watikah pelantikan kepada semua pemimpin kecil SK Desa Pinggiran Putra.  Pemimpin kecil tersebut terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya, Ketua dan Penolong Ketua Kelas.

Majlis watikah pelantikan tersebut telah dirasmikan oleh Sarjan Sawal bin Abdul Ghani, Bahagian Perhubungan Sekolah, IPD Sepang.

Berikut adalah laporan bergambar sepanjang majlis watikah pelantikan dijalankan:

Perarakan masuk pemimpin kecil SEDERAP
Pemimpin kecil bersedia menerima arahan
Ucapan aluan Pengerusi Majlis
Bacaan doa sempena majlis pelantikan

Ucapan Guru Besar
Ucapan perasmian oleh Sarjan Sawal bin Abdul Ghani
Gimik perasmian oleh Sarjan Sawal bin Abd Ghani
Perasmian oleh Sarjan Sawal diiringi oleh Guru Besar
Penyerahan watikah pelantikan oleh Sarjan Sawal
penyerahan watikah pelantikan
Penyerahan watikah pelantikan
Penyerahan watikah pelantikan


Bacaan ikrar pemimpin kecil SEDERAP


Bacaan ikrar


Penyampaian cenderamata kepada Sarjan Sawal