Thursday, 20 February 2020

MAJLIS PERMUAFAKATAN KPM DAN PDRM: PROGRAM JOM KE SEKOLAH

Program Jom ke Sekolah adalah merupakan program kolaboratif antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid. Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah KPM.

Pada 17 Februari 2020 yang lalu sekolah ini telah melancarkan  Program Jom ke sekolah peringkat sekolah. Majlis ini dirasmikan oleh Tuan Koperal Khairul Anwar bin Zailani, Pegawai Perhubungan Sekolah, Turut hadir di majlis tersebut  Encik Nazarudddin bin Muhamad, YDP PIBG, Encik Aziz bin Ibram, Ketua Kg. Limau Manis merangkap Pengerusi MPKK, Encik Raden Mohd Azmee, Wakil Penduduk Persuiaran 5, Desa Pinggiran Putra dan Wakil PIBG Puan Fatimah Ismail.

Teks Perutusan Menteri telah dibaca oleh Puan Maznah binti Mohd Noor, PK SKDPP manakala teks perutusan Ketua Polis Negera dibaca oleh Tuan Koperal Rhoma Bilis dari Balai Polis Dengkil. Selain itu pelancaran  Buku Panduan PPS untuk digunapakai oleh sekolah oleh Tuan Koperal Muhammad Khairol bin Zailani, Pegawai Perhubungan Sekolah.

Majlis hari tersebut diakhiri dengan Ziarah Cakna ke salah sebuah rumah murid Tahun 6 di Kampung Limau Manis Sg. Merab.













Wednesday, 19 February 2020

KURSUS KEPIMPINAN PEMIMPIN KECIL 2020

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS,PENGAWAS PUSAT SUMBER,PEMBIMBING RAKAN SEBAYA,KETUA KELAS DAN PENOLONG KETUA KELAS

Tarikh:15 JANUARI  2020(Sabtu)
Masa:7.30 pagi -  1.00 tengahari
Tempat:SK Desa Pinggiran Putra

Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Unit Disiplin SK Desa Pinggiran Putra telah mengadakan kursus kepimpinan pemimpin kecil SEDERAP bagi Tahun 2020 kepada semua pengawas, Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas.  Aktiviti yang diadakan pada hari tersebut adalah dimulai dengan majlis perasmian oleh Penolong Kanan HEM SK Desa Pinggiran Putra Tuan haji Rosdin bin Ibrahimi.  Selepas majlis perasmian semua pemimpin kecil bergerak mengikut unit masing-masing untuk aktiviti simulasi tugas.  Ceramah kepimpinan turut diadakan yang telah disampaikan oleh Encik Samri bin Othman dari ASA Explore Consultant.  Selepas makan tengahari semua murid bersurai.

Menyedari kekaburan peranan dan tanggungjawab pemimpin kecil di sekolah seperti pengawas sekolah menyebabkan tanggungjawab tidak dapat dilaksanakan dengan amanah dan tepat.  Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab badan kepimpinan melalui kerjasama Unit Disiplin dan Unit Bimbingan dan Kaunseling untuk mengadakan satu program bagi mereka memahami tanggungjawab sebenar dalam jawatan pengawas di samping membina jati diri setiap murid.

Objektif program adalah seperti berikut:

Membentuk  keperibadian pelajar sebagai pemimpin.
Membantu murid memahami peranan dan tanggungjawab masing-masing.

Berikut adalah pecahan murid yang terlibat di dalam program tersebut. 

Pengawas : 73 orang
Pengawas Pusat sumber : 43 orang
Pembimbing Rakan Sebaya : 18 orang
Ketua dan Penolong Ketua Kelas : 48 orang

Majlis penutup dan penyampaian cenderahati disempurnakan oleh Puan Maznah binti Mohd Noor Penolong Kanan SK Desa Pinggiran Putra.





\










Saturday, 15 February 2020

SISTEM HIDROPONIK@ECO GARDEN SEDERAP

Sistem Hidroponik

Kami telah menerima alat tanaman hidroponik daripada pihak PPD pada awal tahun 2019. Kaedah tanaman hidroponik ini hanya menggunakan air, baja dan bekas hidroponik sahaja untuk memastikan sayur yang ditanam hidup subur. Antara sayur yang kami tanam menggunakan kaedah ini ialah kangkung, sawi dan daun kesum. Pokok sayuran yang ditanam dengan menggunakan kaedah ini tidak perlu disiram kerana bekas sayuran ini telah diisikan dengan air. Namun begitu penggunaan kaedah ini perlu dipantau kerap untuk mengelakkan kerosakan pada sistem fungsinya. Jika fungsi sistem rosak, tanaman boleh mati dengan cepat. Kaedah tanaman ini juga perlu pemantauan yang kerap untuk mengelakkan pembiakan nyamuk dalam bekas tanaman yang menakung air. Selain daripada sistem hidroponik yang dibekalkan, kami juga telah menghasilkan alat hidroponik dengan menggunakan botol mineral terpakai untuk tanaman daun kesum.

Peringkat awal penanaman kangkung dan sawi menggunakan sistem ini.






Pengeluaran hasil tanaman menggunakan kaedah ini

Kami turut menghasilkan alat hidroponik menggunakan botol mineral terpakai untuk menanam daun kesum




Monday, 10 February 2020

PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-7 10/2/2020


Guru Bertugas :
1.Pn Rozayma bt Zaman ( Pengacara)
2.Pn. Nurhafiza bt Mohamad Ramdzan
3.Pn. Salsabil bt Zainuddin
4.Pn. Siti Norhidayah bt Azmee
5.Pn. Siti Norhazwani bt Zainol

1.0 Bacaan doa : Mohd Darwisy bin Mohd. Shahril


2.0 Konduktor lagu rasmi : Puan Norwati binti Mohammad Supian


3.0 Bacaan ikrar murid : Azfar Hanan bin Samsul Nazim


4.0 Laporan guru bertugas mingguan: Puan Siti Rohani bt Mat Lazim

      - Ikut peraturan dan amalkan adab yang betul sewaktu makan di kantin.
      - Gunakan waktu rehat yang diperuntukkan selama 20 minit untuk makan dan segera beratur apabila                                   selesai makan sebelum loceng tamat waktu rehat di bunyikan.
      - Dilarang bermain-main di kawasan letak kereta cikgu untuk mengelakkan sebarang kemalangan.

5.0 Perasmian Program Ziarah Cakna Tahun 2020: En Sukimin bin Juki 
      - Satu program yang menunjukkan keprihatinan guru khasnya dan Kementerian Pelajaran amnya terhadap anak- anak              murid. 
     - Guru-guru terlibat bekerjasama dengan Unit Hal Ehwal Murid dan Unit Kaunseling akan pergi menziarahi rumah 
       murid-murid yang kerap tidak hadir ke sekolah.
      
6.0 Penyampaian Hadiah dan sijil

     i) Pertandingan Badminton Peringkat Sekolah (MSSD Sepang tahun 2020).
        Senarai Nama Peserta
        1) Nur Ain Nabila
        2) Nur Alia Humaira
        3) Aqil Hasif
        4) Muhammad Aqil Fikri
        5) Muhd arif Danial
        6) Nurul Nabiha
        7) Najmin Akmal
        8) Muhammad Aqid Haikal
        9) Nur Atirah Farisya 
        - Sijil penghargaan telah diserahkan kepada semua peserta permainan badminton.
        - Nur Atirah Farisya telah berjaya mendapat tempat Ke-3 untuk kategori individu perempuan. 

   ii) Pertandingan Memanah Peringkat Sekolah (MSSD Sepang tahun 2020)
       - Sijil penghargaan dan medal telah diserahkan kepada Kumpulan pasukan memanah yang mewakili SEDERAP.
       - Azfar Hannan telah berjaya memenangi johan bagi 2 kategori iaitu Johan Individu dan bagi kategori bawah 12 tahun. 
       - Azfar Hannan juga berjaya mendapat Naib Johan bagi kategori lelaki berkumpulan.  

   iii) Pertandingan Catur Peringkat Sekolah (MSSD Sepang tahun 2020)
        Senarai Nama Peserta
        1) Muhd Darwisy
        2) Adam Hakimi
        3) Ahmad Iqbal
        4) Muhammad Akif
        5) Nur Nageena
        6) Tasneem
        7) Aleesya Hani
        8) Nurin Aina Zafirah
        Keputusan pertandingan individu:-
       -  Nur Atirah Farisya - Johan bagi kategori berpasukan bawah 12 tahun - Johan bagi kategori individu bawah 12 tahun. 
       -  Aleesya Hani - Naib Johan bagi kategori individu bawah 12 tahun.  
       -  Nur Nageena - Tempat ke -6 bagi kategori individu bawah 12 tahun. 
       -  Adam Hakimi - Tempat ke -10 bagi kategori lelaki individu bawah 12 tahun.
   
      iv) Pertandingan Ragbi Peringkat Sekolah (MSSD Sepang tahun 2020)
           Sijil penghargaan dan medal telah diserahkan kepada Kumpulan pasukan Ragbi yang mewakili SEDERAP.
           Pasukan ini telah berjaya merangkul Naib Johan ( Bowl)
           Senarai Nama Peserta
          1) Ikhwan Al Hadee
          2) Muhammad Abu Dzar
          3) Mohd Adam Arshad
          4) MUhammad Fahmi
          5) Airil Hakim
          6) Ahmad Shakib
          7) Idlan Hakimi
          8) Muhammad Adib Arham
          9) Amsyar Az
          Sijil penghargaan dan medal telah diserahkan kepada semua pemenang.

     Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan semoga pasukan SEDERAP lebih cemerlang pada masa akan datang.

7.0 Berkenalan dengan Guru Baru : Puan Salsabil binti Zainuddin.


Guru Baru Puan Salsabil bt Zainuddin

Perlancaran Program Ziarah Cakna.



Barisan Guru Bertugas 

Bacaan ikrar murid

Pengacara majlis

Bacaan doa

Laporan guru bertugas minggu lepas

Penerangan berkaitan Program Ziarah Cakna

Majlis pelancaran ziarah cakna Tahun 2020

Tarikh:10 Februari 2020 (Isnin)
Tempat:Dataran perhimpunan
Perasmi:Encik Sukimin bin Juki,Guru Besar SEDERAP
Turut hadir:YDP PIBG dan AJK PIBG SEDERAP

Pelancaran Program ziarah cakna peringkat sekolah bagi Tahun 2020 telah dilaksanakan serentak bersama dengan sekolah-sekolah yang lain di Negeri Selangor.  Antara aktiviti  program ziarah cakna  adalah membuat lawatan ke rumah murid yang dipilih berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan iaitu cemerlang akademik, cemerlang sahsiah, masalah disiplin, masalah emosi dan lain-lain kriteria yang dirasakan perlu.

Berikut gambar-gambar yang sempat dirakam semasa pelancaran ziarah cakna:



Ucapan perasmian ziarah cakna oleh guru besar


Bergambar bersama murid dan ajk Pibg 





Friday, 7 February 2020

KEJOHANAN BADMINTON MSSD SEPANG 2020

Kejohanan Badminton MSSD Sepang untuk sekolah rendah telah diadakan pada 5 dan 6 Februari 2020 di SJKC Sin Ming, Puchong. Acara yang dipertandingkan adalah bagi murid lelaki dan perempuan bawah 12 tahun mewakili sekolah-sekolah daerah Sepang.

SK Desa Pinggiran Putra (SEDERAP) telah menghantar seramai 9 orang pemain untuk acara perseorangan dan beregu yang telah dipilih dan menghadiri latihan. Mereka adalah:

1. Nur Ain Aqilah -6 Jaguar
2. Nur Athirah Farisha -6 Jaguar
3. Nur Alya Humaira -4 Nuri
4. Aqiel Hasif -5 Sitosina
5. Muhammad Aqil Fikri -4 Nuri
6. Muhammad Arif Daniel -5 Timina
7. Nurul Nabeehah -6 Puma
8. Nazheem Aqmar -6 Cheetah
9. Muhammad Akid Haikal -6 Cheetah

Sekalung tahniah diucapkan kepada Nur Athirah Farisha yang telah menang tempat ketiga dalam acara perseorangan perempuan. Syabas dan tahniah juga kepada pemain yang mewakili SEDERAP atas komitmen dan kesungguhan dalam pertandingan ini. Semoga beroleh kejayaan pada masa akan datang. Jutaan terima kasih diucapkan kepada ibu bapa yang memberi semangat dan turut hadir ketika latihan dan perlawanan.

Gambar Kejohanan Badminton MSSD Sepang 2020