Saturday 15 February 2020

SISTEM HIDROPONIK@ECO GARDEN SEDERAP

Sistem Hidroponik

Kami telah menerima alat tanaman hidroponik daripada pihak PPD pada awal tahun 2019. Kaedah tanaman hidroponik ini hanya menggunakan air, baja dan bekas hidroponik sahaja untuk memastikan sayur yang ditanam hidup subur. Antara sayur yang kami tanam menggunakan kaedah ini ialah kangkung, sawi dan daun kesum. Pokok sayuran yang ditanam dengan menggunakan kaedah ini tidak perlu disiram kerana bekas sayuran ini telah diisikan dengan air. Namun begitu penggunaan kaedah ini perlu dipantau kerap untuk mengelakkan kerosakan pada sistem fungsinya. Jika fungsi sistem rosak, tanaman boleh mati dengan cepat. Kaedah tanaman ini juga perlu pemantauan yang kerap untuk mengelakkan pembiakan nyamuk dalam bekas tanaman yang menakung air. Selain daripada sistem hidroponik yang dibekalkan, kami juga telah menghasilkan alat hidroponik dengan menggunakan botol mineral terpakai untuk tanaman daun kesum.

Peringkat awal penanaman kangkung dan sawi menggunakan sistem ini.






Pengeluaran hasil tanaman menggunakan kaedah ini

Kami turut menghasilkan alat hidroponik menggunakan botol mineral terpakai untuk menanam daun kesum




No comments:

Post a Comment