Monday 3 November 2014

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-40



Tarikh
:
27 Oktober 2014

Hari
:
Isnin

Masa
:
7.40 Pagi - 8.10 Pagi

Tempat
:
Dataran SEDERAP

Kehadiran
:
25/30





Guru Bertugas
:
1) Pn. Sha'azrina bt Mohd Imran



2) Pn. Nurul Hidayah bt Wahid



3) Pn. Sabariah bt Awng Ngah



4) Cik Salwa bt Mohd. Hadi



5) En. Maz Azlee bt Azahari





Guru Tidak Hadir
:
1) Pn. Nor Hayati bt Miswan
(Cuti separuh gaji)


2) Pn. Nurhafiza bt Mohamad Ramdzan
(Cuti Sakit)


3)Pn Hannah Najiha
(Cuti Sakit)


4) Pn ZahrulHuda
(Ekspedisi Pengangkap)




Laporan Perhimpunan
:

6.1
Perhimpunan awal pagi berjalan baik dan lancar

6.2
Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Cik Salwa Bt Mohd Hadi


6.2.1 Kedatangan Tetamu : Murid hendaklah sentiasa menjaga tingkah laku sepanjang tetamu berada di sekolah. Tidak membuat bising dan memberikan salam kepada para tetamu.


6.2.2 Kebersihan Kelas : Kelihatan kelas tidak berada dalam keadaan yang bersi sepanjang peperiksaan. Murid yang bertugas membersihkan kelas masing-masing hendaklah menjalankan tugas mereka dengan baik. Pastikan kebersihan kelas dijaga

6.3
Pengumuman oleh guru bertugas :


6.3.1 Murid tahun 3 akan menduduki ujian Aptitud untuk menentukan kerja yang bersesuaian dengan mereka.


6.3.2 Mulai 4hb November 2014 setiap pagi akan diadakan bacaan 1 surah 1 hari. Semua murid terlibat secara langsung. Murid akan diberikan 1 surah dan dikehendaki membaca dan sebaiknya menghafal.

6.4
Pengumuman oleh Pn Fauzan  :


6.4.1 Pembayaran sumbangan PIBG sebanyak RM 50 satu keluarga hendaklah dilangsaikan oleh ibu bapa sebelum tamatnya persekolah tahun 2014


6.4.2 Surat pemberitahuan telah diedarkan kepada murid bagi pihak ibu bapa yang belum membayar wang sumbangan PIBG tersebut. Surat tersebut diberikan juga bersama dengan borang jawapan pembayaran bagi menentukan samada murid tersebut mempunyai adik beradik yang lain dalam sekolah yang sama.

6.5
Ucapan Pn Maznah Bt Mohd Noor (GPK Kurikulum):


6.5.1 Guru mengingatkan sekali lagi bahawa ujian Aptitud akan dijalankan bagi murid tahun 3 sahaja.


6.5.2 Peringatan juga kepada murid dimana peperiksaan Akhir Tahun yang sudah berakhir bukan bermaksud sudah ‘Merdeka’, murid masih belajar seperti biasa mengikut jadual yang telah ditetapkan. 

Bacaan ikrar Murid oleh wakil murid

Bacaan doa oleh wakil murid dari tahun 2 Amanah

Murid tahap 2 sedang membaca ikrar murid

Murid Tahap 1 sedang membaca ikrar murid

Pn Maznah Bt Mohd Noor sedang berucap

Guru Bertugas minggu ini Cikgu Rashidah sedang membuat pengumuman

 


No comments:

Post a Comment