Tuesday 18 November 2014

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE 42

HARI        : ISNIN
TARIKH  : 17 NOVEMBER 2014
MASA       : 7.40 - 8.10 PAGI
TEMPAT  : DATARAN PERHIMPUNAN SEDERAP

KEHADIRAN GURU  : 26/32

GURU BERTUGAS:
a) PN IFAHAYATI BINTI ISMAIL
b) PN FAUZAN BINTI HAJI MUHAMMAD
c) PN JAWAHIR BINTI SHAHDAN
d) PN ROZAYMA BINTI ZAMAN
e) PN UMI NAZIHAH BINTI CHE GHANI
f) PN IQBAL HANA' BINTI MOHAMED RUSDI

GURU TIDAK HADIR:
a) PN NOOR HAYATI BINTI MISWAN (CUTI SEPARUH GAJI)
b) PN RASHIDAH BINTI MAHMAD (CUTI SAKIT)
c) PN ZAHRULHUDA BINTI KAMARUDIN (CUTI SAKIT)
d) PN WAN SALAWATI BINTI WAN MD NOOR (MESYUARAT BAHASA INGGERIS)
e) PN IQBAL HANA' BINTI MOHAMED RUSDI (KURSUS PSS)
f) PN HANNAH NAJIHAH BINTI RAZAK @ ABD RAZAK (CUTI BERSALIN)

LAPORAN PERHIMPUNAN:
1. Perhimpunan rasmi dimulakan dengan bacaan doa.
2. Nyanyian 3 buah lagu iaitu Lagu Negarku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.
3. Bacaan Ikrar Rukun Negara, Ikrar Penggunaan Jalan Raya dan Ikrar Murid.
4. Laporan guru bertugas minggu lepas oleh En Zulhilmi iaitu:
     a. Amalan mengutip sampah di sekolah perlu dipertingkatkan lagi.
     b. Budaya salam harus diteruskan dan diamalkan selalu.
     c. Disiplin murid ketika berada di sekolah, dalam kelas dan di kantin perlu dijaga.
5. Laporan guru bertugas mingguan oleh Pn Ifahayati iaitu:
     a. Murid akan bercuti akhir tahun selama lebih kurang sebulan lebih.
     b. Jaga keselamatan diri dan kesihatan ketika bercuti dan musim hujan ketika ini.
     c. Manfaatkan cuti sekolah dengan aktiviti berfaedah dan berguna dengan mengulangkaji.
6. Sesi perkenalan guru baharu iaitu En Hazim Bin Harun. Beliau akan mengajar di aliran PPKI                 (Program Pendidikan Khas Integrasi).
7. Ucapan dari En Sukimin selaku Guru Besar iaitu:
     a. Pada tahun 2015 murid dijangka akan bertambah dan kelas PPKI dan Pra sekolah akan dibuka.
     b. Hasil analisis PAT (Peperiksaan Akhir Tahun) mendapati bahawa keputusan adalah tidak                    memuaskan.
     c. Semasa cuti sekolah ini ada 3 program khusus untuk murid tahun 6 sesi 2015 iaitu Program                  Anjuran Masjid berdekatan, Program zoom A dan Kelas Tambahan Intervensi.
     d. Murid dinasihatkan membeli kelengkapan pakaian sekolah seperti lencana, tanda nama, kasut              berwarna putih kecuali pengawas sekolah dan pengawas PSS.
     e. Semasa cuti sekolah murid dinasihatkan menjaga diri dan keselamatan.
     f. Memo mengenai buku teks tahun 2015 akan diedarkan pada hari ini bersama dengan surat                   makluman/ jemputan ke Program Hari Anugerah Cemerlang (HAC).
     g. Pada hari Rabu ini bersamaan 19 November 2014 akan diadakan Majlis Penyampaian Sijil                  kepada semua Pengawas Sekolah, Pengawas PSS, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas.                  Murid-murid wajib hadir.
8. Pengumuman dari Pn Rozayma mengenai keputusan PTK Doktor Muda. Seramai 10 daripada 11       calon telah mendapat keputusan yang cemerlang.

Murid berdoa

Bacaan ikrar.



Laporan guru bertugas minggu lepas.

Laporan guru bertugas mingguan.

Salam perkenalan guru baharu En Hazim. 

Anak-anak SEDERAP.

Ucapan Guru Besar.

Guru penasihat Kelab Doktor Muda.

No comments:

Post a Comment