Monday 9 February 2015

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN MINGGU KELIMA

TARIKH        : 9 FEBRUARI 2015

HARI            : ISNIN
MASA           : 7.40 PG-8.10 PG

GURU BERTUGAS: 

            1) PN. NURUL HIDAYAH BT WAHID @ AB WAHID
            2) PN NIK SUHAILA BT NIK AHMAD
            3) PN IFAHAYATI BT ISMAIL
            4) EN MAZ AZLEE BIN AZAHARI
            5) PN.IRMANIARTI BT NAZAR
            6) CIK NOR AZEAN BINTI RAMLI

KEHADIRAN GURU: 26 /33

GURU YANG TIDAK HADIR

1) Pn. Hannah Najihah (cuti bersalin) diganti oleh Pn. Irmaniarti bt. Nazar
2) Pn. Siti Norhazwani bt. Zainol (Cuti Separuh Gaji) diganti oleh Cik Nor Azean bt Ramli
3) En. Zulhilmi bin Nawawi (CRK)
4) En. Maz Azlee bin Azahari (Pengurus Bola Baling Daerah)
5) Cik Ili Shahirah bt Ab Ghani (Pengurus Bola Baling Daerah)
6) En. Hazim bin Harun (Mesyuarat)
7) Pn. Fauzan binti Muhammad (Mesyuarat)

Laporan 
1. Perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa oleh pengawas yang bertugas.
2. Nyanyian 3 buah lagu - lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor  dan lagu sekolah
3. Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalanraya.
4. Bacaan ikrar murid oleh pengawas yang bertugas
5. Laporan guru bertugas minggu lepas:
    i) Melaporkan tentang murid berlari di dataran perhimpunan semasa waktu rehat. Peringatan telah diberikan.
   ii) Melaporkan tentang terdapat murid yang hadir lewat ke sekolah. Peringatan telah diberikan.

6. Ucapan guru bertugas minggu ini.
    - Mengingatkan murid adab bersalaman dengan orang yang lebih dewasa.
    - mengingatkan murid agar sentiasa menjaga tingkah laku sepanjang berada di sekolah.
   
7. Perasmian Program Guru Penyayang dan Perasmian Program Pemugaran NILAM oleh Guru Besar SEDERAP, En. Sukimin bin Juki.

8. Penyampaian hadiah hari lahir kepada semua murid, guru dan staf yang lahir pada bulan Januari dan penyampaian Kad Info NILAM kepada semua guru kelas.

9. Nyanyian Lagu NILAM oleh semua guru dan murid SEDERAP. 

Menyediakan Alat Pandang Dengar untuk majlis perhimpunan
Bacaan doa oleh Muhammad Afiq Harith b. Yusni Amir
Laporan guru bertugas minggu lepas - Pn. Suhaizan bt Che Osman
Info ringkas tentang Program NILAM - Cik Nurul 'Aqilah bt Mohd Tahir
Ucapan Guru Besar - En. Sukimin b. Juki

 Simbolik perasmian Program Guru Penyayang
Murid-murid kusyuk mendengar ucapan Guru Besar

Simbolik perasmian Program NILAM

Guru Besar mendukung murid pra yang diraikan sempena kelahiran pada bulan Januari



No comments:

Post a Comment