Friday 6 February 2015

PELAPORAN AKTIVITI KOKURIKULUM


LAPORAN MINGGUAN KOKURIKULUM

Tarikh                :               04 Februari 2015 (Rabu)
Masa                  :               02.30 petang – 04.30 petang
Perjumpaan       :               Pasukan Unit  Beruniform (BIL 02 /2015)

Bil
Unit
Tempat
Aktiviti
Kehadiran
Guru
Murid
1
Pandu  Puteri Tunas
PRA SKDPP
1.       Menyanyi lagu Pandu Puteri Tunas
2.       Membuat buku log
3.       Projek Amal – Keceriaan PRA
5
32
2
Tunas Kadet Remaja Seolah
3 Alza (Th . 4)
Dataran Perhimpunan
(thn 5,6)
1.       Melukis logo TKRS
2.       Latihan kawad kaki
7
50
3
Pengakap
 5 Utarid
1.       Pembahagian Kumpulan
2.       Setia Sekawan
7
55
4
Pergerakan Puteri Islam Malaysia
Surau
1.       Melukis logo PPIM
2.       Format laporan
3.       Tatacara Perjumpaan PPIM
4.       Permainan Sahiba
8
26

Jumlah Kehadiran
27
163

Peratus Kehadiran

90.56

PELAPORAN.

Aktiviti Kokurikulum dapat dilaksanakan dengan baik. Ini merupakan minggu kedua aktiviti kokurikulum dilaksanakan. Sebelum itu telah diadakan Mesyuarat Agung tiap unit pada 21 Januari 2015. Kemudian disusuli dengan Program 1 Murid 1 Sukan yang telah dilaksanakan pada 28 Januari 2015. Di samping untuk pemilihan pasukan sekolah 1M1S ini juga merupakan program kementerian untuk semua sekolah.

Pada hari itu juga (04 Feb 2015) telah dilaksanakan juga Program Bimbingan Sepak takraw yang telah dikendalikan oleh Tn Haji Kamarudin bin Ahmad – Pensyarah Pendidikan Jasmani Institut Perguruan Islam Bangi. Tujuan program ini adalah untuk melatih pasukan sepak takraw  SEDERAP mengenai kemahiran dan teknik bermain sepak takraw yang betul di samping menjadikan  sepak takraw ini sebagai Program Kebitaraan Sekolah.

SEDERAP juga menerima khidmat jurulatih dalam permainan tersebut:
1.       Bola Sepak          -               Encik Kamal bahri
2.       Badminton          -               En. Radin
3.       Pingpong             -              Izyan Syasya binti Mohamad Zabawi
4.       Catur                   -               En. Razief
5.       Sepak Takraw     -               Tn. Hj Kamarudin bin Ahmad (Pensyarah IPIS)

Latihan Bola Sepak yang dikendalikan oleh En. Kamal Bahri telah diadakan pada hari Sabtu pada 30 Januari 2015 jam 08.30 pagi di Padang SEDERAP.
Pergerakan Puteri Islam sedang melaksanakan aktiviti


TKRS dan PPIM sedang melaksanakan aktiiti
Pelaksanaan Program 1M1S

Latihan bola sepak yang dikendalikan oleh En. Kamal Bahri.
Dilaksanakan pada hari Sabtu dan Ahad.

SEDERAP Boleh!
Fahmi bin Saipo (Bola Sepak ) dan Muhamad Al-Bukhori (Pingpong) yang telah terpilih mewakili Daerah Sepang ke  Pertandingan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri Selangor. Muhamad Al Bukhori akan  menyertai Pertandingan Pingpong peringkat Negeri Selangor di SJKC Sabak Bernam pada 09 Februari.
Tahniah diucapkan.
Pasukan Boling Tenpin PPKI turut menyertai Pertandingan Boling Tenpin Majlis Sukan Sekolah Daerah Sepang pada 23 Januari 2015 di Kompleks Sukan Nilai.
Terima kasih kepada guru-guru SEDERAP yang telah mengendalikan Aktviti Kokurikulum Bil 02/2015.










































No comments:

Post a Comment