Saturday 14 February 2015

Kem Bestari Solat 1 2015

KEM BESTARI SOLAT 1 2015

14 Februari 2015 (Sabtu)- SK Desa Pinggiran Putra telah menjalankan Kem Bestari Solat pertama bagi tahun 2015 dengan jayanya. Program dimulakan dengan proses pendaftaran mulai jam 8.00 pagi hingga 8.30 pagi. Pelajar-pelajar yang telah mendaftar telah dikumpulkan di dewan terbuka untuk diagihkan di dalam kumpulan. LDK 1 bermula pada jam 8.30 pagi hingga 9.30 pagi. Pelajar direhatkan pada jam 9.30 pagi hingga jam 10.30 pagi. Pada jam 10.00 pagi hingga 10.30 pagi bacaan Yasin dan penyampaian sumbangan PIBG untuk keluarga adik Amer Irfan yang telah pulang ke Rahmatullah kerana kanser otak. LDK 2 disambung semula pada jam 10.30 pagi hingga 12.00 tengahari. Pada ja, 12.00 tengahari semua pelajar dikumpulkan di surau SEDERAP untuk LDK 3 dan Amalai Solat Berjemaah. Program tamat pada jam 12.30 tengahari.

Latihan Dalam Kumpulan

Amali Solat Berjemaah

No comments:

Post a Comment