Tuesday 14 July 2015

Perhimpunan rasmi 13 Julai 2015

Tarikh     : 13 Julai 2015
Masa       : 7.40 pagi - 8.10 pagi
Hari        :  Isnin

GURU BERTUGAS

1.            Puan  Noraida binti Abd Aziz
2.            Puan Nur Izzati binti Muhammad Hairi
3.            Puan Noor Hayati binti Miswan
4.            Puan Wan Anna Wahidah

LAPORAN
 1. Bacaan doa yang dipimpin oleh Adik Fahmi bin Saipo
 2. Nyanyian 3 buah lagu iaitu lagu `Negaraku', lagu `Negeri Selangor' dan lagu  “Sekolah”.
 3. Bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar Keselamatan Jalan Raya yang dipimpin oleh Puan  
     Noraida binti Abd Aziz
 4. Bacaan ikrar murid oleh wakil murid Abdul Syamir Ikmal bin Abdul Salim.
 5. Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Cik Tengku Fairus binti Raja Hasan
     5.1 Murid dinasihatkan supaya melakukan amalan yang baik walaupun sekecil zarah
 6. Laporan guru disiplin oleh Ustazah Salwa binti Mohd Hadi
 7. Slot Anti Dadah oleh Ustazah Nik Asmah binti Ruman      
     Tajuk : Tanda-tanda menghidap HIV AIDS
     - Murid-murid diterangkan tentang gejala yang dikenalpasti pada orang yang menghidap   
       HIV AIDS antaranya lemah badan, cirit-birit yang teruk, selsema berpanjangan dan lain-
       lain lagi. Murid dinasihatkan supaya menjaga diri dan menjauhi aktiviti yang tidak  
       bermoral.
 8. Ucapan Guru Besar, Encik Sukimin bin Juki
·                     Bersempena menyambut Syawal yang akan tiba tidak lama lagi, guru besar menerangkan sedikit tentang amalan-amalan di pagi raya seperti mandi sunat hari raya, memakai pakaian yang paling baik, menjamah sedikit makanan, solat sunat hari raya, menggunakan jalan berbeza ketika hendak pergi dan pulang dari masjid, serta ziarah-menziarahi.
·                     Guru besar juga mengingatkan murid-murid tentang menjaga adab berziarah.
9. Majlis ditutup dengan penyampaian surat pelantikan bagi program MERKUR1 yang dipimpin oleh Puan Norlizawati (Guru Kaunseling SEDERAP)


 Bacaan ikrar

 Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Cik Tengku Fairus

  Laporan guru disiplin oleh Ustazah Salwa


Slot anti dadah oleh Ustazah Nik Asmah 

 Ucapan Guru Besar, Encik Sukimin bin Juki
 Penyampaian surat pelantikan MERKUR1

No comments:

Post a Comment