Thursday 2 July 2015

MAJLIS IFTAR JAMA’I DAN SOLAT HAJAT UPSR SEDERAP 2015M/1436H

Pada 01 Julai 2015, hari Rabu (bersamaan 14 Ramadan 1436 Hijrah pihak sekolah dengan kerjasama PIBG dan komuniti masyarakat telah berjaya mengadakan majlis Iftar Jama’i dan Solat Hajat UPSR di Masjid Jamiul Rahmah Kampung Limau Manis. Seramai 36/55 calon UPSR yang hadir pada majlis ini. Majlis ini bermula seawal jam 7.00 malam dan berakhir pada jam 08.00 malam. Majlis ini dimulakan dengan pendaftaran murid UPSR bersama penjaga, majlis berbuka puasa ringan, solat maghrib berjemaah, solat hajat dan makan malam. Murid, guru, dan penduduk  Kampung Limau Manis juga turut serta dalam melaksanakan ibadah solat tarawih di masjid Jamiul Rahmah tersebut.

Objektif Majlis :

1)    Memotivasikan murid agar terus berusaha membuat persediaan menghadapi peperiksaan  UPSR.
2)   Menggalakkan murid untuk selalu berdoa dan solat hajat selain dari berusaha keras.
3)  Membentuk jati diri Muslim yang sejati dan member ketenangan jiwa ketika menghadapi peperiksaan.
4)   Mengukuhkan silaturahim antara murid, guru, ibu bapa dan penduduk Kampung Limau Manis.




Pendaftaran murid dan ibu bapa


Penyampaian cenderamata kepada Guru Besar SEDERAP, En.Sukimin bin Juki 
oleh pihak masjid

Menanti waktu berbuka puasa


Sebahagian jemaah muslimin dan anak-anak calon UPSR


Semoga majlis ini dapat keberkatan dari Ilahi dan membuka hati pelajar untuk lebih rajin berusaha di samping dapat mengeratkan hubungan antara ibubapa, anak-anak dan guru-guru. 



No comments:

Post a Comment