Monday 12 October 2015

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI 12 OKTOBER 2015

Tarikh: 12 Oktober 2015
Masa: 7.40 pagi - 8.10 pagi
Hari: Isnin
Barisan Guru Bertugas

Guru bertugas:

1. Puan Norwati bt Sufian
2. Puan Nurul Hidayah bt Wahid @ Ab Wahid
3. Cik Ili Syahirah bt Abd Ghani
4. Encik Mohd Faizul b Zakaria

Pengacara majlis      : Cik Ili Syahirah bt Abd Ghani
Bacaan doa               : Mohd Izz Danial b Mohd Faiz
Bacaan ikrar murid   : Abdul Syamir Ikmal b Abdul Salim

Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Cik Nurul 'Aqilah
Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas:
Guru: Cik Nurul Aqilah bt Mohd Tahir
1. Masih terdapat murid yang tidak meletakkan pinggan dan cawan ke dalam besen setelah selesai makan di kantin.
2. Murid-murid gemar masuk ke bilik guru beramai-ramai. Bilik guru adalah kawasan larangan kepada murid-murid kecuali mendapat kebenaran.
3. Murid-murid tidak menjaga adab di bilik guru seperti berlari dan bergurau senda sepanjang berada di bilik guru.

Slot Anti Dadah oleh Ustaz Zulhilmi














Slot Anti Dadah
Guru: Ustaz Zulhilmi bin Nawawi
Tajuk: Dadah dan Alkohol Di Dalam Makanan, Minuman dan Minyak Wangi
1. Setiap minuman arak adalah haram dan najis.
2. Minuman ringan yang mengandungi alkohol kurang dari 1% dan tidak dihasilkan melalui proses membuat arak hukumnya harus dan boleh diminum.
3. Makanan atau minuman yang mengandungi alkohol semulajadi seperti buah-buahan dan biji-bijian hukumnya tidak najis dan boleh dimakan.
4. Bahan makanan yang mempunyai alkohol kurang dari 0.5% untuk tujuan penstabilan hukumnya harus.
5. Ubat-ubatan dan minyak wangi yang mempunyai alkohol dan tidak melalui proses membuat arak (pemeraman/penapaian) hukumnya harus dan boleh diambil atau digunakan.
6. Murid-murid perlu memastikan setiap makanan atau minuman mesti mempunyai logo halal JAKIM untuk memastikan kehalalan produk tersebut.

Ucapan pentadbir oleh En Rosdin b Ibrahim
Ucapan Pentadbir:
Guru: En Rosdin bin Ibrahim - PK HEM
1. Minggu hadapan merupakan minggu peperiksaan akhir tahun.
2. Hari esok merupakan peperiksaan Bahasa Arab dan Jawi bagi semua murid.
3. Sila buat persediaan yang rapi dan pastikan kamu dapat hadir ke sekolah.
4. Murid tahun 5 yang mengambil UPKK mesti ada ibu/bapa/waris yang ambil di pejabat sebelum dibenarkan pulang. Mesti tandatangan borang kebenaran keluar dahulu.
5. Sepanjang musim jerebu ini, pastikan kesihatan dijaga dengan rapi dan ambil air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

Acara Penyampaian Hadiah Kelas Tercantik Sempena Kemerdekaan
Johan: 3 Amanah
Naib Johan: 1 Cheetah
Tempat Ketiga: 5 Marikh


Cik Ili Syahirah mengacarakan majlis
Pn Norwati memimpin nyanyian lagu rasmi


Bacaan ikrar murid diketuai oleh Abdul Syamir Ikmal 

Bacaan doa oleh Mohd Izz Danial




Johan Kelas Tercantik - 3 Amanah
Naib Johan Kelas Tercantik - 1 Cheetah
Tempat Ketiga - 5 Marikh

Gelagat murid-murid semasa perhimpunan
Murid-murid melafaz ikrar semasa perhimpunan

No comments:

Post a Comment