Wednesday 28 October 2015

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI 26 OKTOBER 2015

Tarikh: 26 Oktober 2015
Masa: 7.40 pagi - 8.10 pagi
Hari: Isnin

Guru bertugas:

1. Pn. Syajaratuddur binti Mahamod
2. Pn. Atirah binti Mustafa 
3. Cik Nik Asmah bt. Ruman
4. YM Tengku Fairus binti Raja Hassan

Kehadiran Guru : 32 orang




Pengacara majlis      : Pn. Syajaratuddur binti Mahamod
Bacaan doa              : Mohd Izz Danial b Mohd Faiz
Bacaan ikrar murid   : Abdul Syamir Ikmal b Abdul Salim




Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas:
Guru: Pn. Sha'azrina binti Mohd Imran

1. Kes Vandalisme di sekolah- murid tahap dua berkelakuan kurang baik dengan pelbagai cubaan merosakkan bangunan sekolah.

2. Keadaan jerebu-murid hendaklah menjaga kesihatan dan mengambil langkah berjaga-jaga dengan memakai topeng muka dan membawa bekalan air masak yang secukupnya. 

3. kebersihan-murid tidak meletakkan pinggan dan cawan ke dalam bekas yang disediakan dengan betul. kebersihan di dalam kelas tidak memuaskan.


Ucapan dari pentadbir oleh PK1-Pn. Salmah
1. Disiplin-murid lelaki dinasihatkan berambut pendek dan memakai tali leher dengan kemas. Selain itu semua murid dinasihatkan  agar menjaga tertib semasa minum air susu yang dibekalkan oleh sekolah. Murid dikehendaki mengkemekkan kotak susu yang telah habis diminum sebelum di buang ke dalam tong sampah bagi menjimatkan ruang tong sampah.
2. Kebersihan-murid dinasihatkan agar memakai pakaian yang bersih dan wangi ke sekolah.
3. mengucapkan selamat maju jaya kepada murid untuk menduduki peperiksaan akhir tahun.





Ucapan dari Setiausaha Peperiksaan
- murid diigatkan supaya mematuhi peraturan semasa peperiksaan berlangsung. Antaranya ialah      murid tidak dibenarkan meniru, menipu, memberikan jawapan kepada rakan, membuat bising,  menulis nota-nota di dalam kertas, kain, bekas pensel dan sebagainya.
-mengingatkan murid supaya datang awal ke sekolah.
- memastikan segala kelengkapan peperiksaan disediakan sendiri oleh murid seperti pensel. pemadam, pembaris, warna dan lain-lain keperluan yang difikirkan patut di bawa.
-memastikan murid menjawab semua soalan dan menjawab dengan bersungguh-sungguh.




Ucapan dari guru disiplin : Cik Salwa binti Muhamad Hadi
Masalah disiplin di kalangan murid tahap 2 semakin membimbangkan terutama murid tahun 6. Pelbagai percubaan vandalisme dilakukan dan ini perlu dihentikan segera. Murid diingatkan bahawa kelakuan yang baik perlu dibiasakan bermula sejak awal sekolah supaya ianya ianya berterusan sehingga ke peringkat menengah. Murid perlu ada iman dan percaya kepada balasan baik dan balasan buruk apabila melakukan sesuatu.



Bacaan doa oleh Syamil Ikmal 


Bacaan doa oleh Mohd Izz Danial


Ragam guru dan murid ketika perhimpunan








Sekian, terima kasih.


pelapor bertugas mingguan
NIK ASMAH BT. RUMAN

No comments:

Post a Comment