Monday 16 November 2015

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK 2015


SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK 2015

Tarikh : 16 November 2015
Hari : Isnin
Masa : 7.40 Pagi hingga 9.40 Pagi

16 November 2015-Isnin, SEDERAP: Walaupun kesuntukan masa dan banyak kekangan sambutan Hari Kanak-Kanak 2015 tetap disambut dengan gembira oleh pelajar-pelajar SK Desa Pinggiran Putra. Sambutan dimulai dengan Perhimpunan Rasmi Sekolah kemudian ucapan oleh Ketua Pengawas iaitu adik Syamir Iqmal.

Ucapan Sambutan Hari Kanak-Kanak oleh Ketua Pengawas

Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Guru Besar SK Desa Pinggiran Putra iaitu En. Sukimin bin Juki dengan diikuti gimik perasmian. Gimik perasmian tersebut telah disambut dengan tepukan dan sorakan riang para pelajar dan guru.

Gimik Perasmian Hari Kanak-Kanak


Selepas gimik perasmian para pelajar digerakkan ke dewan terbuka untuk acara seterusnya. Sementara menunggu acara, semua pelajar telah membaca zikir bersama-sama.


Pelajar-pelajar berkumpul di Dewan Terbuka

Pengacara Majlis : Ustaz Hassan

Antara acara yang dipersembahkan sempena hari kanak-kanak ialah acara pakaian beragam, persembahan koir, pidato dan nyanian solo.


Aksi Iron Man cilik.

Haiyaaaaaaa

Persembahan Koir

Persembahan Pidato

Persembahan nyanyian solo
Majlis telah diakhiri dengan acara penyampaian hadiah pemenang pakaian beragam dan penyampaian anugerah tokoh kanak-kanak 2015.

Tokoh Kanak-kanak 2015 : Adik Aini Anisa



No comments:

Post a Comment