Wednesday 4 November 2015

PENEMPATAN MURID TAHUN ENAM KE TINGKATAN 1 SEKOLAH MENENGAH HARIAN PERSEKOLAHAN 2016

Kepada Semua Ibu bapa/ Pejaga
Murid Tahun 6  2015

Dengan segala hormat dimaklumkan bahawa penempatan murid tahun 6 2015 telah diluluskan oleh PPD Sepang seperti berikut;

Penempatan                                 : BEA9612 SMK Dato Abu Bakar Baginda.
Tarikh Pengesahan Penempatan : 09 November hingga 20 November 2015.

Tuan/puan dan anak jagaan tuan/puan boleh membuat pengesahan penempatan seperti tarikh dan tempat yang dinyatakan dan WAJIB membawa bersama salinan dokumen yang telah disahkan seperti berikut;

  1. Surat penempatan Murid Tahun 6 ke Tingkatan Satu Sekolah Menengah Harian sesi Persekolahan  2016
  2. Sijil Kelahiran murid
  3. Kad Pengenalan Murid (jika ada) dan ibu bapa
  4. Slip menduduki peperiksaan UPSR 2015 atau slip Keputusan UPSR 2015


Ibu bapa/Penjaga dikehendaki hadir bersama-sama anak-anak jagaan semasa tempoh pengesahan penempatan dijalankan.
Kegagalan pihak tuan/puan untuk membuat pengesahan penempatan di sekolah yang diluluskan, tuan/puan dianggap menolak penempatan ini.
Waktu pengesahan boleh dilakukan  pada waktu pejabat iaitu dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi nombor  telefon berikut 03-89266839.

Berikut adalah tarikh-tarikh penting proses kemasukan murid Tingkatan Satu  1 2016 ke SMK Dato Abu Bakar Baginda,

PROSES PENEMPATAN TAHUN 6 KE TINGKATAN SATU 2016

Bil
Tarikh
Perkara
Tindakan/ Tempat

1.
02 Nov. 2015  – 08 Nov. 2015
Surat Penempatan dikeluarkan 
JPNS/PPD/ SKDPP

2.
09 Nov. 2015 – 20 Nov. 2015
Pengesahan Penempatan ke Tingkatan Satu 2016. Boleh membuat rayuan pertukaran penempatan.
SMK DAB
3.
23 Nov.2015  - 04 Dis. 2015
Proses Rayuan  Penempatan
SMK DAB/ PPD/JPNS

4.
07 Dis. 2015  – 11 Dis. 2015
Surat kelulusan rayuan diumumkan

PPD/JPNS
5.
04 Dis. – 20 Dis. 2015
Murid melapor diri ( kes rayuan)
Sekolah yang dipohon

6.
21 Dis. 2015 27 Dis. 2015
Pentupan Applikasi.


7.
04 Jan. 2016 – 15 Jan. 2016
Murid Melapor diri.

Jika selepas tarikh tersebut murid tidak melapor diri, segala permohonan akan dibuat secara manual dan pengesahan dilakukan oleh pihak PPD

Disediakan oleh,

ROSDIN IBRAHIM
PK HEM.

No comments:

Post a Comment