Monday 9 May 2016

PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-18 (9-13/5/2016)

Tarikh : 9 Mei 2016
Masa    : 7.40 - 8.10 pagiHari     : Isnin
Guru bertugas
:
1. Pn Nurhafiza Bt Mohamad Ramdzan
2. Pn Nor Sabariah Bt Awang Ngah
3. Pn. Noor Hayati Bt Miswan
4. En. Hassan Helmin B Md Yaacob
5. Pn. Umi Nazihah Bt Che Ghani

Pengacara majlis     : Pn. Nurhafiza Bt Mohamad RamdzanBacaan doa                : Norfizri Nazrin bin NordinBacaan ikrar murid: Ahmad Kamal B Mohd Khir
 

Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas :

Guru : Pn. Sha'azrina binti Mohd Imran

1. Murid-murid diingatkan supaya tidak keluar kelas semasa pertukaran guru mata pelajaran. 

2. Murid diingatkan juga untuk mengutip sisa makanan ke dalam pinggan dan meletakkan pinggan serta cawan kotor ke dalam besen yang disediakan selepas makan sewaktu rehat di kantin .

 
Taklimat guru disiplin:
Guru: Cik Salwa binti Mohd Hadi

1. Semua murid di dalam kelas bertanggungjawab ke atas kerosakan pas keluar kelas.

2. Pada minggu ini adalah minggu peperiksaan, oleh itu murid hanya dibenarkan keluar kelas sebanyak 2 kali iaitu sekali sebelum rehat dan sekali selepas rehat.
3. Kebenaran keluar kelas adalah seorang sahaja pada satu masa.
4. Mengingatkan juga supaya pas keluar kelas hendaklah dipakai sewaktu keluar kelas dan mestilah dipakai dengan betul bukannya digumpal atau dipegang.
5. Jika murid tidak memakai pas keluar kelas markah akan dipotong bagi individu serta kelas. 
6. Jika pas keluar kelas tersebut didapati rosak, setiap murid dalam kelas tersebut dikehendaki membayar denda sebanyak RM0.50 untuk menggantikan pas keluar kelas yang telah rosak.

Keputusan Pertandingan Keceriaan Kelas Mingguan:

Johan Tahap 1: 3 Anggerik (89%)
Johan Tahap 2: 6 Utarid (86%)

Ucapan Setiausaha Peperiksaan Dalaman

1. Pn. Nurul Hidayah mengingatkan semua murid agar mematuhi etika di dalam bilik peperiksaan seperti tidak bising, tidak meniru dan tidak membawa nota.
2. Murid-murid hendaklah membawa peralatan seperti alat tulis yang lengkap dan tidak dibenarkan meminjam daripada kawan semasa peperiksaan.
3. Sepanjang minggu peperiksaan, murid hendaklah memakai uniform sekolah yang lengkap.


Ucapan Pentadbir :
Guru : En Sukimin B Juki

1.  Memuji murid 1 Adenina yang berjaya memcatat isi-isi penting dalam perhimpunan dan menyeru murid-murid lain mencontohi mereka.
2. Mengingatkan murid-murid sepanjang minggu ini adalah minggu peperiksaan.
3. Tuan Guru Besar mengulas laporan guru bertugas dan mengingatkan murid-murid agar sentiasa mematuhi displin sewaktu di Dewan Terbuka, kantin, padang dan lain-lain. 



 Bacaan  Doa oleh Norfizri Nazrin
 Taklimat Disiplin oleh Ustazah Salwa bt Mohd. Hadi
 Ucapan Guru Besar En. Sukimin bin Juki
 Bacaan Ikrar oleh Ahmad Kamal
Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas

Taklimat Peperiksaan oleh Setiausaha Peperiksaan Dalaman

1 comment:

Blogger said...

Easy "water hack" burns 2 lbs OVERNIGHT

More than 160 thousand men and women are losing weight with a simple and SECRET "liquid hack" to lose 2lbs each and every night in their sleep.

It's simple and works all the time.

Here's how you can do it yourself:

1) Go get a drinking glass and fill it up with water half glass

2) Then learn this amazing hack

you'll become 2lbs thinner when you wake up!

Post a Comment