Monday, 23 May 2016

PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-20 (23 Mei – 27 Mei 2016)

Tarikh: 23 Mei 2016
Masa: 7.40 - 8.10 pagi
Hari: Isnin

Guru bertugas:
1. Pn. Nur Izzati binti Muhammad Hairi
2. Pn. Norwati binti Mohammad Supian
3. Pn. Wan Anna Wahidah binti Wan Mat Tahir
4. Cik Noorul Hidayah binti Azman
5. En. Mohd Faizul bin Zakaria

Pengacara majlis: Pn. Nur Izzati binti Muhammad Hairi
Bacaan doa: Norfizri Nazrin bin Nordin
Bacaan ikrar murid: Aaron Huzair bin Nik Mazli

Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas :

Guru : Pn. Noraida binti Abd Aziz

1. Murid-murid diingatkan supaya makan di meja di kantin dan bukannya di meja batu.
2. Murid-murid diingatkan juga untuk tidak membawa makanan di dewan terbuka.
3. Murid-murid terutamanya Tahun 1 dan Tahun 2 diingatkan untuk tidak berlari di tapak perhimpunan.
4. Murid-murid juga diingatkan untuk sentiasa menjaga kebersihan kelas. Murid –murid dikehendaki mengemas kelas 5 minit sebelum balik dengan kebenaran guru.


Taklimat guru disiplin:

Guru: Pn. Rozayma binti Zaman

1. Murid-murid diberi taklimat tentang buli iaitu satu perbuatan mengasari orang (murid) yang lemah bertujuan untuk menunjukkan kehebatan masing-masing.
2. Murid-murid diingatkan bahawa perbuatan buli ini ialah perbuatan yang tidak baik dan mendatangkan ketidakselesaan kepada orang lain.
3. Buli dari segi fizikal (contoh: memukul, menampar dan lain-lain).
4. Buli dari segi mental (contoh: ejek-mengejek)

Keputusan Pertandingan Keceriaan Kelas Mingguan:

Johan Tahap 1: 1 Adenina
Johan Tahap 2: 6 Marikh

Ucapan Pentadbir :
Guru : En Rosdin bin Ibrahim

1. Terdapat murid yang akan gembira apabila menerima keputusan peperiksaan yang baik dan akan ada juga murid yang akan bersedih jika mendapat keputusan peperiksaan yang lemah. Murid-murid perlu mengambil tindakan untuk meningkatkan prestasi mata pelajaran yang lemah.
2. Kesedaran yang tinggi harus dipupuk dalam diri murid tentang kebersihan terutamanya kebersihan diri, kebersihan kelas dan kebersihan alam sekitar.
3. Penggunaan tandas – tandas di belakang tangga bilik guru tidak boleh digunakan oleh murid. Semua murid diharapkan agar dapat menjaga kebersihan tandas dengan baik.
4. Murid-murid diingatkan untuk memanfaatkan waktu cuti persekolahan dengan aktiviti yang berfaedah dan berguna.



Bacaan doa oleh adik Norfizri Nazrin bin Nordin

Murid-murid Pra-sekolah dan murid-murid Tahap 1


Guru-guru Sederap

Nyanyian lagu yang dipimpin oleh Pn. Norwati bt Mohammad Supian 

Murid-murid Tahun 3, 4, 5 dan 6

Bacaan ikrar yang diketuai oleh Pn Nur Izzati bt Muhammad Hairi

Guru-guru membaca ikrar

Bacaan Ikrar

Bacaan ikrar murid diketuai oleh adik Aaron Huzair bin Nik Mazli

Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Pn. Noraida bt And Aziz

Laporan disiplin oleh Pn. Rozayma bt Zaman

Johan Pertandingan 3K Tahap 1 : Kelas 1 Adenina

Johan Pertandingan 3K Tahap 2 : Kelas 6 Marikh

Ucapan pentadbir oleh En. Rosdin bin Ibrahim

Murid-murid tekun mendengar taklimat daripada En. Rosdin bin Ibrahim

1 comment:

Blogger said...

According to Stanford Medical, It is really the SINGLE reason this country's women get to live 10 years longer and weigh 19 kilos less than us.

(Just so you know, it has totally NOTHING to do with genetics or some secret exercise and EVERYTHING to "how" they are eating.)

BTW, What I said is "HOW", not "what"...

TAP on this link to reveal if this little questionnaire can help you release your real weight loss possibilities

Post a Comment