Thursday, 19 May 2016

PROGRAM MENTOR MENTEE BULAN MEI 2016


Pada tarikh 18 Mei 2016, hari Rabu, telah diadakan program mentor mentee kepada semua murid Prasekolah hingga Tahun lima.  Program ini anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling, Hal Ehwal Murid.Program mentor mentee diadakan sebulan sekali sehingga bulan Oktober.  Mentor terdiri daripada guru kelas dan mentee dibahagikan mengikut kelas masing-masing.  Ini bermakna setiap kelas akan mempunyai seorang mentor iaitu guru kelas mereka sendiri.  Program ini dijalankan mengikut modul mentor mentee kebangsaan dan ianya berbentuk aktiviti dan permainan sambil belajar.

Modul yang digunakan pada tarikh yang dinyatakan di atas adalah:

Prasekolah: Selamat pagi sayang

Tahun 1: Asas komunikasi

Tahun 2: Haiwan kesayangan

Tahun 3: Cintai sekolah

Tahun 4: Pengurusan diri

Tahun 5: Perkembangan diri

Antara gambar-gambar sewaktu mentor melaksanakan program mentor mentee:
























No comments:

Post a Comment