Thursday, 2 June 2016

PRASEKOLAH: LAWATAN SAMBIL BELAJAR PRASEKOLAH 2016

Tarikh : 25 Mei 2016

Masa : 7.30 pagi - 2.30 petang

Tempat : Kilang Beryl's Cookies, Taman Rama-rama, Taman Burung dan Muzium Polis


Program lawatan sambil belajar merupakan salah satu aktiviti tahunan Prasekolah SK Desa Pinggiran Putra. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memberikan pengalaman semulajadi kepada murid-murid prasekolah terhadap kehidupan semulajadi flora dan fauna disamping memupuk sifat ingin tahu dalam diri murid-murid prasekolah tentang keadaan di sekeliling mereka.

Program lawatan prasekolah pada kali ini adalah dengan kerjasama En. Alias daripada Syarikat Hani Genius yang bertindak sebagai pemandu arah bersama-sama dengan 2 orang pembantu beliau iaitu En, Syuk dan En. Alif . Rombongan lawatan ini telah disertai oleh 5 orang guru pengiring dan 50 orang murid termasuk 5 orang murid daripada Program Pemulihan Khas Integrasi (PPKI).

Bas yang kami naiki memulakan perjalanan dari sekolah pada jam 8 pagi. Destinasi pertama kami adalah ke Kilang Beryl's Cookies yang terletak di Serdang. Perjalanan dari sekolah ke kilang ini mengambil masa lebih kurang setengah jam. Murid-murid sempat bersarapan pagi di dalam bas sebelum tiba ke destinasi yang dituju. Sejurus tiba di kilang tersebut, kami sempat bergambar kenangan terlebih dahulu sebelum murid-murid dibawa masuk ke dalam bilik tayangan untuk menonton video pendek tentang sejarah, proses-proses kerja dan hasil-hasil yang dikeluarkan oleh kilang tersebut.

Pada jam 9.15 pagi, kami memulakan perjalanan ke Taman Rama-rama. Perjalanan ke Taman Rama-rama memakan masa lebih setengah jam. Jalan agak sesak apabila bas memasuki Bandaraya Kuala Lumpur. Namun murid-murid tetap semangat dan gembira di dalam bas walaupun perjalanan mengambil masa agak lama. Setibanya di Taman Rama-rama murid telah dibahagikan kepada 2 kumpulan lelaki dan perempuan. Kumpulan murid lelaki telah dipimpin oleh En. Syuk manakala En. Alif pula memimpin kumpulan murid perempuan. Murid-murid telah memberikan perhatian yang sangat baik semasa sesi penerangan oleh En. Alias tentang hidupan di taman tersebut, Walaupun ada kalanya sesetengah murid sukar untuk dikawal namun guru-guru pengiring telah memainkan peranan masing-masing dengan amat baik. Pelbagai jenis rama-rama yang bermacam warna dan bentuk dapat dijumpai di taman ini. Murid-murid sangat kagum dengan kepelbagaian dan kejinakkan serangga ini bila berhadapan dengan manusia.

Kami meneruskan perjalanan seterusnya ke Taman Burung. Perjalanan dari Taman Rama-rama ke Taman Burung mengambil masa lebih kurang 15 minit. Taman Burung yang berkonsepkan bebas terbang ini menempatkan 200 spesies burung dan dianggarkan terdapat lebih 3000 ekor burung yang datang dari dalam dan luar negara. Murid-murid berkesempatan melihat pelbagai jenis burung yang mereka tidak pernah lihat sebelum ini secara 'live'. Murid-murid sangat teruja melihat burung unta yang besar, burung enggang yang mempunyai paruh yang besar dan tajam dan burung merak yang memiliki ekor dan bulu yang cantik. Murid juga berkesempatan memberi makan kepada burung-burung yang dilepaskan di luar sangkar.

Kami telah berhenti rehat seketika di perkarangan Masjid Negara pada jam 12.00 tengah hari sambil menjamu kudapan tengah hari kami. Murid-murid makan dengan sangat berselera bersama rakan-rakan. Walaupun penat kerana seharian meluangkan masa berjalan-jalan di Taman Rama-rama dan Taman Burung namun raut wajah riang dan gembira murid-murid ini jelas terpancar.

Selesai menjamu selera pada jam 12.40 tengah hari, kami meneruskan perjalanan kami ke Destinasi yang terakhir iaitu Muzium Polis.Di Muzium ini murid-murid diperlihatkan dengan pelbagai jenis tinggalan artifak dan maklumat sejarah yang dipaparkan di dalam dan di luar muzium berkaitan dengan pekerjaan yang mencabar ini. Murid juga dapat melihat revolusi senjata-senjata yang digunakan oleh pasukan polis pada zaman dahulu sehingga kini. Murid-murid juga sangat teruja apabila berpeluang berjumpa secara lebih dekat dengan pegawai-pegawai polis yang segak berpakaian seragam biru gelap.

Kami bertolak pulang pada jam 1.45 petang dan tiba di sekolah pada jam 2.30 petang. Pengalaman baru yang diperolehi oleh murid pada sesi lawatan pada kali ini sesuatu yang sangat berharga buat mereka dalam meniti kehidupan yang mendatang. Disamping kegembiraan dan pengalaman yang diperolehi, aktiviti lawatan ini juga diharapkan dapat menambahkan ilmu pengetahuan murid-murid disamping memupuk perkembangan jasmani, rohani, emosi, intelek dan sahsiah selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Murid-murid bersedia untuk menaiki bas







Pemandu arah kami pada hari ini, En. Alias dari Syarikat Hani Genius

Destinasi pertama kami, Kilang Beryl's Cookies di Serdang
Destinasi kedua, Taman Rama-rama
Masing-masing kelihatan sangat ceria kerana ada yang baru pertama kali sampai ke sini
En. Alias memberi penerangaan kepada murid-murid 
Murid memakai pas sebelum masuk ke Taman Burung
Murid tertarik dan teruja dengan kepelbagaian jenis burung yang terdapat di sini
Berhenti melihat aksi burung kakak tua yang sangat jinak
Terdapat juga burung yang dibiarkan  bebas dari sangkarnya
Walaupun penat namun tetap gembira bersama dengan rakan-rakan
Hentian terakhir sebelum kami menjamu selera melepaskan lelah..
Berehat sambil menjamu selera di perkarangan Masjid Negara







Meneruskan ke destinasi yang terakhir, Muzium Polis

Melihat pakaian seragam polis dari zaman dahulu sehingga kini



Bergambar bersama senjata replika pada zaman komunis






Menonton video pendek tentang sejarah perjuangan polis-polis pada masa lalu

Segak tak saya..:)



Bergambar kenangan di depan muzium sebelum berangkat pulang



1 comment:

Blogger said...

This is how my pal Wesley Virgin's tale starts in this SHOCKING and controversial VIDEO.

As a matter of fact, Wesley was in the army-and soon after leaving-he discovered hidden, "SELF MIND CONTROL" tactics that the CIA and others used to get anything they want.

THESE are the same methods many celebrities (especially those who "come out of nowhere") and elite business people used to become wealthy and successful.

You probably know that you use less than 10% of your brain.

That's because the majority of your brain's power is UNTAPPED.

Perhaps this thought has even taken place INSIDE your very own head... as it did in my good friend Wesley Virgin's head 7 years ago, while riding a non-registered, beat-up garbage bucket of a car with a suspended driver's license and in his bank account.

"I'm so fed up with living check to check! When will I become successful?"

You took part in those conversations, am I right?

Your success story is going to happen. Go and take a leap of faith in YOURSELF.

WATCH WESLEY SPEAK NOW

Post a Comment